.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Jan 3, 2009

SAMBEST dalam kenangan

Hari ini baca lagi berita mengenai kejayaan sekolah lama dlm pencapaian akademik iaitu mengenai keputusan PMR. Ini bukan julung2 kalinya mendpt kejayaan sebegini. Semoga Sambest terus berjaya & terus maju pada masa2 akan datang.

Alumni sambest; kepada rakan2 yg tak join lagi, sila la pi log in kat web nie:

Lukisan yg terpampang kat depan perbarisan, huh.... dah la hari2 kena beratur before masuk kelas...byk kali jugak aku ter"datang" lambat, ape lagi kena la denda... tapi coz kwn2 aku kebykn nyer KP (ketua pelajar), maka dilepaskn huhu~~~ tak silap aku ade coretan ukiran yg aku buat kat kwsn lukisan nie... harap2 ade lagi la., vandelisme betul aku nie...

pandangan hadapan sekolah itu...


Antara cikgu2 kegemaran ku~~ dari kiri: teacher zack yg vogue habis, then cikgu fauziah (duduk depan) ~~add math- mata peljaran paling kuminati (boleh kire antara scorer jugak la, tapi saingan sungguh mantap skali) - x pernah miss kelas dia, record tue...
cikgu biologi (cikgu munirah) ~~ membuat aku minat biologi ini jugak
cikgu zamilah~~ cikgu sejarah yg sporting- suka bawak student2 ni keluar, hehehe skali ngan aidi & aizat..tQ cikgu...
byk lagi kalau ikutkan list2 aku ni. antaranya:
teacher husniza: guru kelas
ustaz najjah: guru BAT (ustaz ni asyik ketuk kepala aku jer bcoz selalu tidur mase BAT, maaf ustaz)
cikgu norashikin: cikgu BM yg cute~~
etc: byk lagi kalau nak list ni

di majlis ni jugak aku pernah berada pada suatu ketika dahulu,
ni pada majlis hari anugerah kecemerlangan time adik aku
dia pun grad sambest jugak... ;)

pernah juga berada dibarisan ini buat 2 tahun


Adikku bersama rakan2 nyer di majlis itu, tahniah yer...

apepun,
kenangan di sana,
tidak mungkin kulupakan
hanya dapat kuucapkan terima kasih kpd semua guru yg pernah mengajarku...
erm,
byk gambar2 kat sambest yg tak discan lagi ni,


SUBANG JAYA – Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan Selasa lalu amat membanggakan apabila seramai 104 pelajar Sekolah Menengah Agama Bestari berjaya meraih 9A.

Penolong kanan Akademik dan Pentadbiran, Sabariah Jaafar berkata, setiap tahun keputusan PMR di sekolah ini meningkat, namun pada tahun ini peningkatannya adalah lebih baik berbanding tahun lepas.

“Gred purata sekolah pada tahun lalu ialah 1.15 manakala pada tahun ini gred purata sekolah ialah sebanyak 1.07, dan kami mensasarkan untuk mencapai gred purata 1.0 pada tahun 2011.

“Ini merupakan satu harapan yang sangat tinggi dan semua warga sekolah ini perlu bekerja keras untuk merealisasikannya,’ katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya lagi, seramai 158 calon menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini berbanding 150 calon pada tahun 2007 dan semuanya lulus dengan minima pencapaian 4A iaitu seorang pelajar.

“Saya merasa bangga di atas kejayaan yang dicapai oleh pelajar-pelajar ini walaupun mereka tidak mengikuti tuisyen, sebaliknya hanya mengikuti kelas intensif dan kelas pemulihan dan ini membuktikan bahawa kelas tuisyen ini tidak penting.

“Walaupun pada masa kini terdapat ibu bapa yang sangat menekankan kepada tuisyen, namun keputusan yang dicapai pada hari ini menunjukkan bahawa tanpa kelas tuisyen pun pelajar mampu merangkul kejayaan,” katanya.

Dalam pada itu, tambahnya lagi, seramai 33 pelajar SMA Bestari berjaya mencapai keputusan 8A, 12 pelajar mendapat 7A, lima pelajar mendapat 6A, tiga pelajar mendapat 5A dan seorang pelajar mendapat 4A, manakala tiada pelajar yang mendapat 3A dan ke bawah.

“Keputusan ini menunjukkan perbezaan yang agak ketara berbanding tahun lalu yang mana seramai 58 pelajar mendapat 9A, 38 pelajar mendapat 8A, 26 pelajar mendapat 7A, tujuh pelajar mendapat 6A, 12 pelajar mendapat 5A, enam pelajar mendapat 4A dan tiga pelajar mendapat 3A.

“Keseluruhan pencapaian dalam PMR pada tahun ini menunjukkan terdapat peningkatan bukan hanya dari segi kuantiti sebaliknya terdapat juga peningkatan dari segi kualiti,’ katanya.

Mengulas mengenai keputusan tersebut, subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) berjaya mengekalkan pencapaian kelulusan 100 peratus A bagi tempoh tiga tahun berturut-turut termasuklah tahun ini.

“Bagi subjek Bahasa Melayu, sebanyak 98.7 peratus pelajar mendapat gred A berbanding 96.7 peratus pada tahun lalu, yang mana hanya dua pelajar mendapat gred B.

“Begitu juga dengan subjek Bahasa Inggeris yang menunjukkan peningkatan yang ketara daripada 73 pelajar (48 peratus) pada tahun 2007 mendapat gred A kepada 127 pelajar (80 peratus) pada tahun ini.

“Subjek Matematik dan Sains juga amat memberangsangkan dan ini membuktikan bahawa pembelajaran dan pengajaran dalam bahasa Inggeris bukanlah satu masalah untuk pelajar mencapai keputusan yang cemerlang.

“Pada tahun 2007, pencapaian dalam subjek sains ialah 86 peratus, meningkat sebanyak 10 peratus kepada 96 peratus pada tahun ini, manakala Matematik, pada tahun ini jumlah pelajar yang mendapat A ialah 97.5 peratus berbanding 96.7 peratus pada tahun lalu.

“Manakala bagi subjek Bahasa Arab, terdapat peningkatan sebanyak 4.1 peratus, yang mana pada tahun ini seramai 140 pelajar berjaya mendapat gred A berbanding 127 pelajar pada tahun lalu,” ujarnya yang turut mengakui bahawa terdapat juga peningkatan bagi subjek-subjek lain.

Katanya lagi, beliau berhasrat untuk meniadakan gred B bagi subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam pada tahun hadapan.

“Saya memang merasa seronok dengan pencapaian pelajar dalam PMR pada tahun ini tetapi pada masa yang sama turut merasa gentar kerana kami perlu mengekalkan dan meningkatkan keputusan pada setiap tahun.

“Walaupun ini merupakan suatu bebanan, namun ia juga menjadi cabaran buat kami untuk mencapai kejayaan yang lebih baik kelak,” katanya selaku pemangku kepada pengetua sekolah, Saadah Bahrudin bertukar pada 16 Disember lalu dan kini menjadi Ketua Nazir Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Tahniah SAMBEST!!!



-itu sahaja-
- Ada sebarang komen??-

11 comments:

Anonymous said...

faiz mst bdk2 top kt school tu dlu kn?
even ade byk kali jgkla dtg lmbt..
huhu ehem..ehem
no wonderla jd doc..
hehe..

;p ;p

mYshah said...

ho2, bgus igt lagi skolah lame, aku xtahu la pe la jadi ngan skolah aku skrg, result pon mesti hampeh2 da, kih333

Anonymous said...

salam faiz,

nama cikgu biologi tu cikgu Munirah..

mfk said...

ye la...
padahal baru jer jumpa ari tue mase shopping2 sakan kat sogo...
tegur la cikgu tue..
n dia kate aku mcm familiar...
haha
tq anonymous

mfk said...

to eira:
takde la top sgt pun.. top sipi2 jer...bcoz part bahasa aku lemah sikit. tue yang kdg2 mcm kureng jer .... phm2 la yer...

to shah:
ni rasenyer, ade junior yg bgtau...
kalau tak aku pun tak tau sgt..
tambahan adik aku pun baru jer habis kat sambest tu

Shazwani Adnan said...

salam

rasanya ni pertama kali nk drop komen kat sini. hurm, sekarang SAMBEST dah ada jubah sendiri. Kenapa tak ada masa kita? tak apalah. Kami warga SAMBEST kat mana - mana pun, tumpang gembira atas kejayaan mereka. dan sentiasa doakan yang terbaik saja.

Anonymous said...

salam...kina pun bangga gak dengan kjayaan sambest tuh...hehehhe...semoga sambest trus maju...hidup SAMBEST

Sitie BUm BUm said...

tahniah ya!

alchemy said...

Hidup SAMBEST!!! semoge yang keluar dr skul tu sentiase jd insan yang bagus2 dunia akhirat...

mfk said...

tahniah kepada sekolah lama ku itu...
ape2 pun..kita berdoa semoga terus maju la yer

Balqis said...

salam..
Lama tak datang sini,
Terlepas entri ini...

Rindunya dengan cikgu-cikgu semua, huhu...

Apa nama sebenar teacher Zack eh, serius tak ingatlah... since dia bukan guru bi kita, kan?

wah, dah ada jubah dah budak2 sekarang...hebatlah... huhu..

saya pun selalu tertidur time kelas BAT, hehehe...

Apa pun SAMBEST tetap dalam kenangan...

Faiz, maaf ya lagi sekali...
Kamu telah di'tag'...

Itu sahaja, wassalam.

Blog Widget by LinkWithin