.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Feb 27, 2009

Solat dari kajian sains


Solat dari kajian sains

Assalamualaikum sahabat2 semua,

Sebuah kajian yang sangat menarik untuk dikongsi bersama, bagi saya tidak menghairankan bahawa setiap amalan yang dituntut Allah memang penuh dengan kebaikannya. Cuma kita umat Islam sangat kurang membuat kajian. InsyAllah, dengan ini kita semua akan bertambah azam untuk melakukan lebih kerap Solat2 sunat dan ibadah2 yang lain. Lebih utama lagi, ibadah selain berbentuk fizikal, adalah amalan rohaniah, dalam konteks ini tahap kyusuk dan keikhlasan yang tinggi sangat mustahak untuk menentukan kita mendapat segala ganjarannya dunia dan akhirat.

Wallah'ulam

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.
Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.
Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.
Seorang doktor perubatan dari Indonesia , Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.
“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.
Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati sola

t yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.
Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis 

penyepadanan bio.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.
Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanyaWalaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“ Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis 

Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik 

berbanding yang bersolat secara bersendirian.
“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang 

dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan 

mesti lebih 200 peratus.
“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika 

solat boleh merawat sakit jantung.
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.


-assalamualaikum-
-that alls-
- please leave some comments-
- terima kasih, shukran, thank you, xie xie & arigato gozaimasu-

Feb 26, 2009

Langkawi Day 3


Assalamualaikum & hi semua,

Hari ke-3 ni pulau Langkawi ni...
pagi2 bangun, sarapan & berjalan2 di tepi pantai chenang...
kemudian mandi manda ...
pantai ni tak de la cantik sgt compare to pantai pasir tengkorak or pantai beras basah..
tapi boleh la


Meneruskan agenda percutian ke underwater world,
tpt ni dekat jer ngan tpt penginapn kitaorg. 
jalan kaki sudah sampai.
mcm2 la spesies haiwan ade kat sane...
sekadar nak tgk mcm mana rupanya,
walaupun sebenarnya dah pernah pergi aquaria KLCC...

seterunya, ke cable car yg tertangguh pada hari pertama,
bayaran utk ke cable car utk rakyat malaysia = Rm15
ade 2 station utama, middle station & peak station.
lepas peak station tu boleh berjalan2 ke suspension bridge or ke dek di puncak.
dari sini akan nampk semua tempat yang berada di pulau ini.
memang agak mengasyikkna melihat permandangan yg indah di samping awan yg berkepul2 & kebiruan.
Nasib baik tak hujan...
sepanjang kat langkawi ni tak pernah hujan...
so kira bernasib baik..
kalau korang pergi mase hujan, banyak la aktiviti yg mcm x boleh buat...



Lepas turun dari cable car tu, pergi te animal park yg ade kat bawah cable car tu...
boleh menyentuh binatang2 tu dgn lbih dekat lagi sambil beri makan. ;-)

habis la perjalan percutian di langkawi.
walaupun sebenarnya banyak lagi pengalaman yang hendak dikongsi bersama...
tetapi biarlah ia menjadi kenangan2 kami bersama. ;)

sgt seronok di sini....
secara keseluruhan..
'amat memuaskan..

seterusnya, elective posting pulak, yg bermula 2/3 nanti. 
kami akan buat di PPUKM jer...



-assalamualaikum-
-that alls-
- please leave some comments-
- terima kasih, shukran, thank you, xie xie & arigato gozaimasu-




Feb 25, 2009

Langkawi day2

Hari kedua di langkawi,
hahaha...
pagi2 bangun, pergi sarapan & jalan2 tepi pantai
kemudian siap2 utk pergi island hopping dgn harga RM30 di bawah pakej AB motel, kalau kat tpt lain rm35...


tempat 1 utk island hopping: Tasik Dayang Bunting, sgt cantik juga tasik ni... keindahan alam ciptaan tuhan. kenapa nama dia dayang bunting?
kalau tgk betul gambar kat atas tu, bukit2 yg mengelilingi tasik tu menyerupai seorang wanita yg sedang mengandung & baring... kepala, dada, perut & kakinya...
kat sini boleh mandi2 jugak..
& juga boleh main kayuh2 bot...
happening betul...

lepas tu,
pergi ke tempat eagle feeding,
memang ade kawasan2 tertentu di mana helang dgn byk boleh didapati. terdapat helang merah & putih berterbangan menyambar2 makanan yg diletakkan di laut.

Seterusnya ke Pulau Beras Basah,
pantai berpasir putih, laut berwarna kebiru-hijuan memanggil2 utk kitaorg bermandi manda...
seronok betul mengapung2 badan di lautan & berenang2 walaupun masih belajar macam mana nak berenang.

sibuk melihat peta untuk ke destinasi seterusnya.
petang tu pulak, kami ke pekan kuah utk membeli belah ape2 yg patut utk org2 tersyang & rakan2.

Selepas beli belah, berjalan2 di jeti & eagle square...yg tak tahanya, galak sungguh melompat kegirangan... naisb baik tak ramai org kat situ.. mungkin sebab bukan hari cuti.
aktiviti mlm mcm biasa, shopping di sekitar chenang & mkn2.

-assalamualaikum-
-that alls-
- please leave some comments-
- terima kasih, shukran, thank you, xie xie & arigato gozaimasu-


Feb 24, 2009

Langkawi Day 1

Assalamualaikum & hi semua,

ni la dia al-kisah bercuti ke langkawi....
ermmm.... seronok sgt..
bukan selalu dpt bercuti...
bende ni dah rancang lama, cuma takde peluang jer nak pergi.
Akhirnya terlaksanan juga antara perancangan yg dirancang.
banyak lagi tempat2 lain yang nak pergi.
so ini la kisah serba sedikit semasa di langkawi.

pergi hari tu, 2ohb Feb naik flight pukul 6 ptg.
perjalanan kira2 dlm 1 jam. Nasib baik tiada masalah yg berlaku & semuanya berjalan seperti dirancang.
dlm pukul 7 lebih sampai airport, kereta sewa yg ditempah telah menanti dengan harga RM50 sehari, hanya tinggal pergi ke tpt penginapan di AB motel di pantai chenang. ni pun dah tempah jugak, so tiada masalah penginapan. 3 hari 3 malam dengan harga rm210 utk 3 org. overall, tpt ni mmg best, bcoz dekat dgn byk tpt makan & fasiliti & kemudahan sempurna.
panjang pulak alkisah nyer..
just enjoy the picture je la... ;)

perut sudah berbunyi2 slps sampai jer tpt penginapan kitaorg, so pergi la dinner... boleh pilih restoran yg mana korg suka engikut selera masing2...



Keesokan paginya, pergi ke telaga tujuh. Sungguh penat mendaki beratus2 anak tangga utk sampai ke destinasi yg dituju.

air terjun di telaga tujuh


dah puas di telaga tujuh, destinasi seterusnya ialah oriental village & cable car. tapi cable tengah diselenggara maka tak boleh naik hari ni :( . tapi jalan2 & shopping la di oriental village ni.

Lepas tu ke Galeria perdana,
walaupun mcm kanak2 pergi ke muzium perdana menteri ke-4 ni,
ok la tpt ni...

then, pergi ke wildlife park

selepas penat berjalan2 naik kereta, mcm nak mandi la pulak. Kami pergi Durian Perangin waterfall... mmg puas hati walau takde la dalam mana, tapi cukup sekadar menghilangkan tekanan & merehatkan fikiran. sejuk & nyaman ;)

Ingatkan selepas mandi manda tu, nak singgah ke Telaga air hangat, tapi under construction la pulak. Maka terus ke Kompleks kraf, tgk2 mrk membuat2 kraf esp batik

di waktu petang2 ni... kami singgah ke pantai pasir tengkorak, pantai yg di cdgkan oleh penduduk tempatan setelah berborak dgn mereka.
Cantik pantai ni (",)


Sementara nak menunggu sunset, kami pergi ke Pantai Kok & Telaga Harbour Park...
sungguh indah permandangan di waktu ini dan sungguh mengujakan sambil di tiup angin pantai..apa lagi aktiviti bergambar tidak dilepaskan... hahaha

lepas tu balik la ke tpt penginapan... sudah penat setelah sehrian berjalan & berpusing2...
mkn malam yg mengenyangkan & menyelerakan ditambah penat .. 
tidur dlm pkl 12mlm utk perjalanan yg lebih menyeronokkan keesokan harinya....


-assalamualaikum-
-that alls-
- please leave some comments-
- terima kasih, shukran, thank you, xie xie & arigato gozaimasu-



Feb 19, 2009

Panggilan sahabat

Assalamualaikum semua...
sekarang aku berada di kafe internet di pulau....
baru lepas makan..
kenyang alhamdulillah..
saja nak menjenguk blog, rase mcm lama pulak meninggalkan blog ni..
seperti yg semua tahu...
terkejut juga hari ni keluar result utk exam sem 2,
ingatkan esok (jumaat)
bila dpt tahu result keluar hari ni...
berdebar2 hati ini terasa...
mcm mana la result aku..
tgh2 shopping tu mcm tak tenteram jer...
tak lama kemudian, dpt panggilan dr seorg sahabat yg melihat keputusan itu...
huh... alhamdulillah berita gembira, mulanya takut juga...
kini boleh sambung bercuti dengan hati yg tenang... :)
aku dpt tahu, rakan2 yg kena repeat paed akan ulang posting mulai esok..
mcm pjg la plak ni...
ok la, itu jer entry ringkas dari pulau..
tata..
ade org dah panggil... suruh cepat sikit...

-assalamualaikum-
-that alls-
- please leave some comments-
- terima kasih, shukran, thank you, xie xie & arigato gozaimasu-

Feb 17, 2009

Cuti2 Malaysia


Assalamualaikum & hi,


semalam dah balik ke kolej kembali setelah pulang ke rumah buat beberapa hari,
aish, internet kolej buat hal la plak akhir2 ni...
masalah betul la...
ni pun buat kat library jer.. hahaha
dengar cerita, sepatutnya repeat posting start semalam, tapi doktor2 di department yg berkenaan mcm tak tau jer start semalam. so, kena start lepas dapat result sem 2 yg kebarangkaliannya dapat hari jumaat ni...
tapi kesian juga dengan kwn2 yg dah balik ke sini sebab nak start posting tu, tapi kena tangguh next week...
kalau tau nak jadi mcm ni, baik diaorg bercuti jer sampai minggu depan.


hari dah siap2 pack & nak bertolak utk bercuti...
yeah kita pi bercuti...
nanti dah balik cuti..akan buat entry pasal cuti2 malaysia ni..

so, tak dpt nak melayari blog2 kawan2 yang lain buat sementara waktu
bukan selalu dpt bercuti ni,
so kena manfaatkan sebaiknya...hahaha
lagi2 kalau tgk jadual tuk final year..wawawa..enggak ade cuti..
utk tgk jadual final year nanti klik [here]
kalau boleh tak nak repeat posting...tak nak merasainya...

ok, hope pergi dengan selamat & pulang dengan selamat..chow dulu..taaaaa

-assalamualaikum-
-that alls-
- please leave some comments-
- terima kasih, shukran, thank you, xie xie & arigato gozaimasu-

Feb 13, 2009

HappY birthdaY Faiz!!!


Assalamualaikum semua,

exam syndrome sudah mula hilang di bawa bersama habis nya peperiksaan,
sedikit masa diperlukan untuk memulihkan diri ini setelah beberapa minggu hidup tak terurus dek kerana penangan exam...
harus dirawat dengan bercuti...yeehaaaa...
malas nak bercerita pasal exam,
tunggu masa & ketika utk melihat hasil usaha ini..berusaha ke? tapi tak tahu cukup atau tidak usaha itu... kini hanya mampu berserah & bertawakkal ...

today 13 Feb,
it my housemate's birthday...
Happy Birthday Faiz Kashap...
Semoga panjang umur & murah rezeki..

I wish for you the fulfillmentof all your fondest dreams.
I hope that for every candleon your cakeyou get a wonderful surprise.
I wish for you thatwhatever you want most in life,
it comes to you,just the way you imagined it, or better.
I hope you enjoy your birthday,

Faiz Kashap yang suka sangat makan coklat...

~my Housemate~
Helmi - Faiz Kamal - Faiz Kashap 

sempena Hari lahir ini juga; 
ade sedikit informasi tentang RAHSIA HARI LAHIR WANITA

Tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam.Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya.Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

 

nota kaki 1: tidak pasti samaada ia benar atau tidak . Anda sendiri yang membuat penilaian.

nota kaki 2: Ini adalah Blog aku!!! yeah..it's my blog 

aku ada hak nak tulis apa sekali pun, selagi aku rase tidak menyusahkan orang lain dan perkara2 lain yg aku rase tidak sepatutnya.

-assalamualaikum-
-that alls-
- please leave some comments-
- terima kasih, shukran, thank you, xie xie & arigato gozaimasu-

Feb 11, 2009

PLay with letter..

petang2 yg mengantuk nie....
haih...
esok, ade lagi satu osce.. lepas tu, I'm free...
& buat la blog walking...
then tioh & my friend, suruh buat bende nih...
layan jer di kala kebosanan..
hahaha


1. What is your name: Faiz

2. A four Letter Word: Four

3. A boy’s Name: Farizal, fazrul

4. A girl’s Name: Fana, farin, 

5. An occupation: farmer

6. A color: flourescent

7. Something you’ll wear: formal dress

8. A food: french fries... i like it very much

9. Something found in the bathroom: flush

10. A place: Finland

11. A reason for being late: fall asleep

12. Something you’d shout: Fine....

13. A movie title: Fantasy Couple~~ Korean movie, just watch it few month ago

14. Something you drink: fresh orange...

15. A musical group: Flop poppy

16. An animal: firefly...

17. A street name: no idea??

18. A type of car: Ferrari

19. The title of a song: Fantasia bulan madu-- search


P/s: kepada sesiapa yg nak buat tue, buat jer la... malas nk suruh sesiapa buat...

-assalamualaikum-
-that alls-
- please leave some comments-
- terima kasih, shukran, thank you, xie xie & arigato gozaimasu-

Feb 10, 2009

FREE SEAT AIR ASIA


Salam & HI semua....
Di waktu pagi nie...
masih meneruskan usaha utk membaca utk osce nanti...
then, 
berehat sebentar, dah tak boleh masuk lagi ni...
sambil tgk2 la email...
ada email dr air asia...
TAWARAN AIR ASIA kembali lagi!!!
500,000 free seat!!! 

byk jugak destinasi yg di tawarkan...
tawaran penempahan d buka dari 10 FEB - 15 FEB 2009...
tempahan dibuat utk perjalanan mulai 10 October 2009 hingga 31 Jan 2010...
ha, apa lagi...
bagi mereka2 yg takde budget nak pergi jalan2 tu.. boleh la menempah tiket sekarang... online jerr..lagi senang
agak untung jugak... kalau di kira2 dr harga sebenar...

tapi,
FREE SEAT tu maksudnya harga sebelum cukai... iaitu harga tiket sahaja: RM0.00,
harga lepas cukai + services mcm biasa la...
free harga tiket jer...
huh.. pjg plak aku menulis ni...
ape pun korang boleh tgk sendiri di laman web air asia; click


antara lokasi & tarikh yg available...masih kosong kebanyakannya...
cepat2x...
ni antara tempahan yg aku buat...
kalau lihat betul2... mmg harga tiket pergi balik RM0.00..
dan yg best nya jugak...anda semua boleh tempah utk ramai org..
contoh diatas: aku tempah utk 3 org...


Harga keseluruhan selepas tax & services: RM 210 untuk 3 orang, untuk tambang pergi dan balik. korang nilai la sendiri...

p/s: bukan nak promosi air asia, cuma berkongsi peluang dengan antara semua..hihihi

-assalamualaikum-
-that alls-
- please leave some comments-
- terima kasih, shukran, thank you, xie xie & arigato gozaimasu-

how to use rar??


How to use winrar??

some people didn't know how to use winrar or any compressor. this is a simple explanation how to use it. Basically the method is same to other compressor.



4 shared version (password= mfkblog)
- winzip  [click here to download]
- 7zip       [click here to download]

box net version











-assalamualaikum-
-that alls-
- please leave some comments-
- terima kasih, shukran, thank you, xie xie & arigato gozaimasu-

Feb 9, 2009

paed & ortho osce download


hi everyone...

just a short entry before osce this week...

i know, it is a little bit late to share with u this informations.

these are past year  paed & ortho osce folder. so hope u can open it and take a look for last minute preparation, maybe it can help you to prioritize the importance ones.

paed osce folder 
[click here] for 4shared download
[click here] for open box download


ortho osce folder 
[click here] for 4shared download
[click here] for open box download -cubaan


password if use 4shared: mfkblog 

update terbaru:
1) if you use microsoft power point 2003 & can't open power point 2007,
download powerpoint 2007 viewer here : [click here]

these viewer will help you to open power point 2007. it really easy, just download it and you can open power point 2007. hope this will help you.


2) if u guys don't have compression software, u can choose to download from one of the softwrae provided for extract compression file which are winrar, winzip or 7zip. Most the people use winrar and his software already cracked and don't need any key registration. so, enjoy it.

4 shared version (password= mfkblog)
- winzip  [click here to download]
- 7zip       [click here to download]

box net version

wish all of you good luck in our osce... n me too

p/s: sorry bdk  triad & psychy x sempat nak buat bcoz aku bukan posting tue skrg..

-assalamualaikum-
-that alls-
- please leave some comments-
- terima kasih, shukran, thank you, xie xie & arigato gozaimasu-
Blog Widget by LinkWithin