.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Dec 30, 2008

Bulan Hijrah & Kita??

Assalamualaikum semua

Sempena hari yg baik nie, hari permulaan tahun islam... 
just tanya, korang tau tak korang nyer tarikh lahir dalam tahun islam?
mungkin ade yg tau & bukan "ramai" jugak yg tak tahu...
apa salahnya kalau kita tahu kedua2 tarikh lahir dalam kedua2 kalendar...
bagi yang tak pasti bulan ape korang lahir dlm bulan islam...
bolehlah buat semakan dekat web ni... 

so mcm aku 

28/11/1986 = Jumaat, 25 Rabiulawal 1407H

so disini nak kongsi dgn semua info mengenai bulan islam & tarikh lahir

bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilakunya. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram 

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar

 Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


Rabiul Awal

 Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah. (dibulan inilah aku dilahirkan, ermm... akan mendapat pangkat besar?? = harap2 dapat tetapi byk juga tanggungjawab yg perlu dipikul, menjadi org berpengaruh= dahsyat ni, tapi yg negatif tu agak betul jugak..hihi ;)


Rabiul Akhir 

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal

 Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir 

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab 

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban 

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan 

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal 

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah 

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijjah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, maka dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan


p/s: actually, info diatas adalah kaitan antara bulan hijrah yang mana seseorg lelaki itu dilahirkan. Bulan hijrah & lelaki ok!!, yg perempuan ade yg lain.. hihihi

-itu sahaja-
- Ada sebarang komen??-

Dec 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430H

Kepada semua rakan-rakan, rakan- rakan bloggers dan seluruh umat islam, saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru islam atau maal hijrah 1430H.

Maal Hijrah, which is also called Awal Muharram, is an important day for muslim. It falls on the first day of Muharram on every Muslim calender year, which is the first day on muslim calender.

          The meaning of Maal Hijrah in English is migration. On this day, Muslim remember Nabi Muhammad S.A.W migrate from Mekkah to Madinah on the year 622 A.D. Besides, Maal Hijrah also mean changes from bad to good side and can be said as starting point and evaluate inner-self on self achievement.

          Awal means begining in English and Muharram is the first month of muslim calender. In another words, this is the first day in Muslim calendar. Therefore, this is also the new year for all Muslim. 


“Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan…”

"marilah kita sama2 berhijrah"

-itu sahaja-
- Ada sebarang komen??-

Dec 28, 2008

Biar apa pun~~

Salam semua

tidak kuperdulikan ape org nak kata,
tak kuendah ape jua yg dtg menghalang..
akan ku teruskan kehidupan ini seperti biasa...
Nasib baik ade teman,
yang sudi mendengar,
setiap cerita mahupun luahan,
yang sentiasa menemani,
sedia menerima diri ini spt sekarang,
walaupun tidak sempurna...

malas nak cerita yg tak happy2...
biar sedikit jer luahkn kat sini...
hari nie, hari ahad.. cuti.. begitu juga esok... bahagia nya banyak2 cuti nie... tapi bukan study byk pun.. ish2 ape nak jadi ni...
asyik keluar jer memanjang..


Hari ni makan kat madam Lim, bosan larr nak mkn kat kafe kesygn ktdi itu... sudah putus selera ni, hanya bila terdesak saje baru makan kat sane..
sementara nak menunggu mknn sampai, so ape lagi.. snap2 la mana sempat...

yeah... my menu sampai dulu...haha.. sorry farizal!!

tom yam noodle soup ( sugguh pekat) + Lavender with lemon iced (sedap jugak air lavender nie.. slurpppp)

Ayob menu: kue teow noodle soup + iced lemon tea.. sedap jugak menu nie, rase soup dia boleh tahan..


makanan farizal yg tak sampai2 lagi... kesian dia...sabar yer frzl..sat lagi sampai la tue

Akhirnya sampai juga dia punya menu : 
mee Hailam (biase jer mee ni - x suke sgt, sory frzl tapi harga same jer) + kiwi with yogurt (air nie sedap)


Tapi sebelum mkn2 tue, ape lagi... light2 shopping la, walaupun baru jer shopping krismas lepas...
tak terdaya nak menahan rase nak membeli barang...
ape pun, asalkan aku bahagia ;)


-itu sahaja-
- Ada sebarang komen??-

Al-Fatihah

SEREMBAN – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini pada kira-kira 11.45 pagi semalam (27 hb Disember). Baginda berusia 86 tahun. Almarhum baginda juga merupakan canselor UKM sejak 1976 (kalau tidak silap). Takziah diucapkan kepada semua keluarga Diraja. Almarhum akan dimakamkan pada hari isnin 29hb disember 2009.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor yang membuat pengumuman itu berkata, baginda dimasukkan ke HTJ selepas mengadu sakit kepala kira-kira pukul 8.10 pagi semalam.  Al-fatihah keatas Almarhum baginda. Al-Fatihah...


Dec 26, 2008

top 50 blog

Salam & hi everyone

tadi, sempat saje2 lihat statistik blog ni, lepas tu jumpa fakta mengenai blog ini..
aku nyer blog tersenarai dlm 50 blog ter"popular" bawah tag medical...
apakah??
mcm tidak betul jer ni...
tapi mungkin ade jer pembaca2 senyap yg melawat blog ini..
apapun.. terima kasih kepada semua pelawat blog ini..



click to enlarge the pic...

-itu sahaja-
- Ada sebarang komen??-

Dec 25, 2008

Another A***D


another award from eira yg baik hati~~ tq ; )

blog yg harmoni ke?? korang judge la sendiri... takde la sangat rasenya..
tapi dlm usaha utk menjadi lebih harmoni~~

"Anugerah kedua ni special sikit yang ni khas tuk blogger yang berusaha keras memajukan blogger diowang dan sentiasa memberikan
tutorial dan info² yang berguna kepada blogger lain"

yg ni boleh la jugak terima bcoz mmg nak share dgn semua org ape yg boleh di share...
Harap dapat banyak lagi info2 or maklumat yg boleh di share bersama

~~ dlm usaha utk belajar ttg coding2 CSS html utk blog dgn cik muncet , eiryzaqistina, 
dulu ade jugak belajar nak buat laman web lepas SPM kat kolej, tahu la jugak basic2 tue cuma kena polish lagi...
sambil tue ade bljr jugak ttg penyediaan flash & video editing nie...dan now, masih sedang belajar & akan terus tambah pengetahuan lagi.. " Hungry for knowledge"

InsyaAllah nanti akan kongsi tips2 yg dah tau dgn semua... 

daaaa..........


-itu sahaja-
- Ada sebarang komen??-

Dec 22, 2008

Pemurahkah rakyat Malaysia?

Salam and hi everyone!!

Kali nie nak bercerita ttg pemurah...
hari ni, berlaku kejadian itu
bukan hari ini saja
tetapi sudah banyak kali saya & mngkin org lain juga pernah melauinya,
selepas makan disuatu kwsn yg agak popular
di bawah sinaran matahari yg terik memancar
 tiba2 ada seorang makcik (agak tua juga dlm 60thn) menyapaku, 
tapi nampak mcm masih sihat (from inspection)
seperti ingin bertanyakan sesuatu
tetapi........

nak, boleh bagi makcik RM5? makcik nak buat tambang balik rumah...
makcik takde duit nak..
kesiankan makcik.. (dgn nada yg tertentu ~utk menagih simpati)

dan ku bertanya kembali,
makcik nak balik ke mana?
dan makcik tu jawab la soalan itu...

tersentuh juga hati ni nak menolong,
kesian betul makcik ni..
mungkin betul juga makcik nie dalam kesusahan..
ape salahnya menolong..
lalu dihulurkan seberapa mana yg mampu...
makcik tu tidak mengucapkan sebarang ucapan balas, terima kasih or what ever..
lalu berlalu pergi begitu sahaja..
aku tak kisah pun pasal perkara tu...
niat hati, sekadar utk menderma..

tidak berapa lama kemudian,
ku terserempak dgn makcik yg sama,
betul, memang makcik tadi, tapi ditempat yg lain...dlm 3km dr kwsn berkenaan..
cepat betul makcik sampai kat sini..
dan kuperhatikan saja makcik itu dr jauh...
kuperhatikan makcik itu seperti sedang meminta bantuan seperti yg berlaku tadi..
rakyat Malaysia yg pemurah tadi pun membantunya juga...

Kemudian, perkara itu berlaku lagi...
lalu kuterfikir...
apekah betul makcik ni dlm betul2 dlm kesusahan??
terfikir psl peminta sedekah nie..
mengikut ape yg kubaca dr byk sumber...
kebanyakan peminta sedekah nia ada yg dapat lebih kurang RM2000 dalam sebulan.. (kebanyakannya bukan kesemuanya ye)
mereka bukan hanya terdiri dr rakyat kita sendiri, malahana de yg dr warganegara asing..
malah ade juga menggunakan kanak2 sebagai medium pengantaraan utk tujuan masing2 ...

Sekadar gambar hiasan

Lagi satu kisah tentang perkara ini,
ku berjalan2 & sedang tunggu bas..
ade la beberapa peminta sedekah yg terdapat di situ,
kelihatannya seperti x boleh berjalan..
tiba2..
ade pegawai peguatkuasa dtg...
& suruh mereka beredar...
surprisingly, mereka boleh berjalan lebih kurang mcm org normal..
n pegawai ckp:
"dah lama buat keje ni??"

sesunguhnya, perkara ni juga pernah berlaku banyak kali...
ape pendapat korang ttg perkara ni??
patut ke x patut??
hrmm.. komen sikit...

sambil tue baca la kisah teladan ni bersama

Diceritakan pada masa dahulu, telah berlaku kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah, seorang kaya dengan berkata:

"Tolonglah Sedekah kan kepadaku sepotong roti , dengan ikhlas kerana Allah s.w.t."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluar lah anak gadis orang kaya itu, lalu memberikan roti yang masih panas kepada nya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluar lah bapa gadis tersebut yang terkenal amat bakhil, lalu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu, dengan takdir Allah s.w.t, kehidupan orang kaya itu mula menemui kesukaran. Ternyata Allah s.w.t. telah menarik segala harta kekayaan nya sehingga dia, menjadi seorang yang fakir lagi miskin dan meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Setelah orang kaya itu meninggal dunia, anak gadis nya yang kudung tangan itu, terpaksa lah menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke satu rumah. Ditakdirkan Allah s.w.t. , pada suatu hari anak gadis itu menghampiri sebuah rumah milik seorang kaya sambil meminta sedekah, lalu keluar lah seorang wanita yang seperti ibu layak nya. Si ibu itu sangat kagum dengan kecantikan sang gadis lalu mempelawa anak gadis itu masuk ke rumah nya.

Disebabkan Si ibu itu, sangat tertarik dengan gadis tersebut lalu dia mengahwinkan anak nya dengan gadis tersebut. Setelah majlis perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan yang indah-indah kepada anak gadis itu sebagai persalinan yang baru.

Pada malam hari nya, si suami pun hendak makan bersama gadis ini. Lalu diajak nya si isteri untuk makan bersama, disebabkan anak gadis itu kudung tangan kanan nya, lalu dia pun makan dengan menggunakan tangan yang sebelah kiri. Suami nya yang tidak tahu bahawa si isteri itu kudung, lantaran Ibu nya pun merahsiakan kecacatan itu, lalu ditegur nya si isteri :

"Sesungguh nya benar kata orang, bahawa orang fakir tidak tahu beradab, makan lah dengan tangan kanan mu wahai isteri ku, bukan dengan tangan kiri mu."

Setelah si suami berkata demikian, maka isteri nya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suami nya berulang kali mengingatkan nya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari balik pintu:

"Keluarkanlah tangan kanan mu itu wahai hamba Allah, sesungguh nya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kepada ku, maka tidak ada halangan bagi Allah s.w.t. memberikan kembali akan tangan kanan mu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanan nya, dan alangkah bersyukur nya dia, apabila mendapati tangan kanan nya berada dalam keadaan asal, lalu dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Hadis Abdullah bin Umar:

Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Peminta sedekah tidak akan berhenti dari meminta-minta sehinggalah bertemu dengan Allah dan pada saat itu tidak ada sepotong daging pun di wajahnya” (Hadis Sahih Muslim)


Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Jika sekiranya salah seorang di antara kamu berangkat pada waktu pagi untuk mencari kayu lalu dia memikulnya di atas belakangnya. Kemudian dia bersedekah dengannya dan tidak mengharapkan pemberian dari orang lain, maka itu adalah lebih baik baginya dari meminta-minta daripada orang lain. Tanpa mengira samada orang itu memberi kepadanya ataupun tidak kerana tangan yang berada di atas itu lebih mulia daripada tangan yang berada di bawah dan mulailah dengan memberi nafkah atau mendidik orang yang berada di bawah tanggunganmu terlebih dahulu (Hadih Riwayat Muslim)

aKHIR KATA: "tangan org yg memberi lebih baik dr tangan orang menerima"

p/s: sesungguhnya diri ini bukanlah org yg sesuai utk bercerita ttg perkara ini, hanya sekadar pendapt utk dikongsi bersama



-itu sahaja-
- Ada sebarang komen??-

Dec 20, 2008

What? "Elective" Posting


Salam semua,

this entry specifically just for all UKM medical students
saya hari ni bukannya nak komen ape2 mengenai psl elective posting,
kita sudah sedia maklum mengenai perkara ini..
just want to share with all of you the information regarding elective posting:
hope u can have a look at this info esp list of venues for elective posting:
so all of you can decide where to go:
ELECTIVE PROGRAMME
 
Aim
The aim of this elective posting is to give the student an opportunity to undertake, for a period of 2 weeks [international] or 4 weeks [local] either at the end of year 3 or year 4, any humanitarian project of their interest.
 
Learning outcomes
1.   Experience and discover broader aspects of human life beyond the classroom setting.
2.   Critically reflect on the experience in the form of a written report
 
Venue
The electives may be undertaken in any institution either governmental or non-governmental, locally or internationally.
You are provided with a list of institutions for you to choose and arrange your elective placement. If you find none of the institution listed match you interest you may discuss you choice with the Elective Coordinator or his assistant.
 
Please   DOWNLOAD    this document:
 
1 ) Guidelines of Elective Posting
2) List of venues for elective posting
3) Elective posting - Application Form
 

if you have any query or for further information you can visit this website:
-hope everything will going well-



-itu sahaja-
- Ada sebarang komen??-

Dec 18, 2008

Twilight Books Collection

Kon-nichi wa!!!
Salam semua,
Kali ni upload buku2 twilight...
ni die koleksi buku2 twilight by stephenie meyer;
sape yg nak ambik ... silakan...
(just for limited duration only)

to download all those files; 
the password is: mfkblog

click to enlarge wallpaper






brief introduction:

Twilight is a young adult vampire-romance novel written by author Stephenie Meyer. It was originally published in hardcover in 2005. It is the first book of the Twilight series, and introduces seventeen-year-old Isabella "Bella" Swan who moves from Phoenix, Arizona, to Forks, Washington, and finds her life in danger when she falls in love with a vampire, Edward Cullen. The novel is followed by New MoonEclipse, and Breaking Dawn.


credit to : RUUD & me.. hahaha

-itu sahaja-
- Ada sebarang komen??-

Dec 13, 2008

Paediatrics references

Salam semua,

Kali nie nak kongsi link2 buku2 paediatric references yg mungkin boleh digunakan utk rujukan..
tak terhad kpd rakan2 medic ukm jer, sebab mungkin korang semua dah ade koleksi2 buku nie...
tapi bukan semua org ade kan??
so, x salah kalau nak berkongsi ape yg kita ada supaya dpt manfaat bersama,
walaupun mesti ade yg kutuk2...
tapi tak kisah ape org nak kata....
Kawan2 medic dr university lain or oversea samaada kenal atau tak yang sempat menyinggah blog nie pun dipersilakan utk mengdownloadnyer...

sila klik pautan utk download: 


(sudah tiada **)








Bukan semua buku dapat diupload kat sini...
so buku2 paed yg lain tu akan diupload kemudian...

eg: Illustrated textbook of paediatrics 3rd edition (sunflower)

* buku2 anesth & ophthal ade kat web ktdiukm tapi tak semua diupload lagi

kalau nak softcopy boleh jer minta kat saya or kawan lain yg ade...
Kalau nak, 
tapi kalau tak nak takpe...

-Entry TaMMaT-

Dec 10, 2008

1st day NICU



Selepas tamatnye tempoh balik ke kampung utk aidil adha,
kini sampai my group for NICU (Neonatal intensive care unit)..
1st day ni mcm mengong2 jer... tak tahu ape nak buat,
cover case jer la...
yg penting, seperti semua sedia maklum, kena stay 8am-5pm...
huh,
hari nie jugak mencari bdk2 yg sesuai utk dijadikan bahan utk developmental assessment video utk seminar hari jumaat nie,
carik2 & terus mencari,
alhamdulillah..
jumpa yg sesuai & comel...
selesai satu tugasan,
tapi kena edit balik video2 yg di ambil tue...
aku jugak yg kena edit bende alah nie...
buat jer la...

tapi 1st day tgk bdk2 yg ade kat NICU ni mmg rase kesian betul...
kecik2 lagi dah menanggung mcm2 dugaan,
kalau nak ambik blood tue.. bukan main susah lagi.. kadang2 x dpt... (bkn kita yg ambik pun)
tapi yg penting teknik handwashing kena dipraktik selalu kat sini utk infection control...

Akhir kata,
takziah diucapkan kepada sahabat kita semua, marlina diatas pemergian ayandanya. Marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah & doakan moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Al-fatihah

-Entry TaMMaT-

Dec 5, 2008

Salam Aidiladha

Salam aidiladha diucapkan kepada semua rakan2 medic, blogger2 & pembaca blog nie..
ucapan awal nie disebabkan petang nie dah nak balik ke rumah utk menyambutnya bersama keluarga yg tercinta, walaupun tarikh sebenar pada hari isnin akan dtg..
tapi tak mengapa la..
dekat kampung halaman takde internet connection, 

Hari Raya Aidiladha bersempena mengenangkan kisah Nabi Ibrahim & anaknya Nabi Ismail,
yang cukup tabah, sabar serta patuh dengan perintah ALLAH S.W.T. ...
Saban tahun kita menyambutnya...
dengan berjuta2 umat islam muslimin & muslimat yang mengerjakan haji dalam menunaikan rukun islam yang ke-5...
Byk pengajaran yg boleh diambil iktibar sebagai panduan kita meneruskan kehidupan kita..
antaranya sifat sabar dll...
rasenya semua boleh membuat penilaian sendiri kan..

Jumpa balik hari isnin nanti, bcoz kena balik semula ke kl bcoz hari selasa sudah mula neonatology, so akan berada di NICU dr 8.00am to 5.00 pm (kadang sampai 6pm) huh~~~
disamping tu kena buat presentation utk seminar next week juga tentang developmental assessment..
hrmmm...
another tough week for me in paediatric posting after hari raya...
tak sempat nak tulis pasal 1st UKMMC perinatal loss workshop, sangat busy utk this week... busy la sgt~~

So, 
akhir kata,
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
buat semua!!!





-Entry TaMMaT-

Dec 1, 2008

2 awards


2 Award yg diberika oleh teman dotblogspotdotcom kat aku,
yg pertama tue dlm last week N bawah tue baru2 nie...
ni sempena menghargai rakan2 blognyer...
terima kasih daun keladi la yer teman ucapkan...
sungguh baik ati coz masih ingat kat teman ni...

-Entry TaMMaT-

Blog Widget by LinkWithin