Kali ini tergerak hati ini untuk menulis mengenai facebook setelah membaca entry dari sahabatku barukisu, mmg bagus sekali olahan ayat darinya. Dia memberi pandangan mengenai ruangan How well do you know me? vs How well do you know Rasulullah? .
Sebut sahaja Facebook, pasti kebanyakan dikalangan kita mempunyai akaun facebook, terutamanya kawan2 ku di tpt pengajianku ini, walaupun tidak semua, tp rasanya 85% ada.
Selain dari facebook terdapat juga web jaringan sosial yang lain seperti friendster, myspace etc, walaupun tidak sehangat sepopular Facebook buat masa kini.
Facebook kini menjadi perhatian dan menjadi salah satu penghubung utama dengan rakan2 lain samaada yg ada skrg mahupun sahabat2 lama yg sudah lama tidak berhubung. Tambahan pula dengan aplikasi yang mudah, friendly user, dan menarik dengan aplikasi yg variasi seperti permainan (bowling, mafia war, pet society, quizes) telah menarik tertarik untuk menggunakannya. selain itu, perkongsian gambar yg boleh di tag menjadi salah satu tarikan di facebook. Saya sendiri tidak terlepas & sukar melepaskn diri dari berfacebook ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari membukanya dan menghabiskan masa bersamanya. (rasanya perlu dikurangkan ni, yea akan berAZAM)
Kembali ke topik FB ni, mmg x dpt dinafikan pelbagai kemudahan & kebaikan di sebalik facebook ini. Tetapi ada juga "sisi hitam" yang tersembunyi di sebalik FB. Sisi hitam yg tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenia facebook. Ini adalah konspirasi teori yg telah menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah "see" " oh i see". Jika ada di antara kita yg telah meletakkan butir2 peribadi sebenar di dlm FB, maknanya tiada apa lagi yg kita boleh lakukan.
kwn2 semua, jgn marah nyer, aku tahu mungkin ada di kalangan pembaca merupakan peminat fanatik FB ni.
ini sekadar peringatan & perkongsian ilmu spy kita tidak terus alpa & leka sms asyik menggunakn FB ini. mmg itulah ungkapan sering aku gunakan. Sebenarnya, takut (grrr~~) juga nak post entry mengenai perkara ini.
Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook?
Sedarkah kita bahawa semua data-data yang ada di Facebook itu ada kaitan dengan CIA?
Tahukah kita bahawa semua data itu boleh diakses oleh sesetengah pihak dengan mudah?
Tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita malah keluarga kita!!
Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita… senang sikit!”
Malang sekali bukan itu yang berlaku.
Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.
Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri? Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily schedule…. habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan.
Facebook best! Memang betul. Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence
Face book nombor 1 sekarang !!!
Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.
Dan ini juga adalah satu fakta
Maklumat lanjut: http://www.rohaizad.com/2009/01/30/facebook-dark-side-fakta-yang-perlu-kita-tahu-mengenai-facebook/#comment-11251
Pada pendapat aku, bersosial di ruang maya seperti dalam FB tidak salah. Kerana, itu merupakan ruang untuk berkomunikasi di zaman sekarang seperti juga blog. Tetapi harus di ingat, segala maklumat peribadi yang rasa2 penting itu, biarkan dirahsiakan. agar terus menjadi "confidential". Jangan sesekali mendedahkan maklmat2 yg terlampau peribadi.
Apa pandangan anda semua?? sila beri komen...
p/s 1: Berhati2lah dalam apa jua keadaan atau situasi sekalipun
p/s 2: ditegaskan, ini hanya peringatan kpd diri semdiri & kpd rakan2 yg disayangi sekalian. Salah & silap harap di maafkan
-assalamualaikum-
8 comments:
salam. pernah gak dgr mende nih. riso gak., tp sungguh addictive, cant stop it. huhu. kene lebih hati2 r pasni ek? tp amcam ngan data2 yg da letak dlu? erm... thah r. tp btol alam maya ni merbahaya. jgn cite sume la.. aish
btol2 tue shah...very addicted..arghh...
kalau x silap, data2 yg dah letak dulu tue, burn gitu jer...
ape yg penting!!!
simpan la baik2 personal identity..
fb ni jg buat kita leka hingga x sedar masa pantas berlalu... yg belajar jd leka, yg bekerja pun ntah le camne...
kerahsiaan perlu dijaga, bukan kerana x mahu jujur atau berterus terang, tp utk keselamatan...
rasanya fakta ni mmg boleh dipercayai.. yela CIA @ amerika amnya masih mencari Osama Laden yg didakwa dalang insiden WTC tuh..
mgkn diorg nk 'hidu' pengikut2 mrk..
apa2 pn.. ingat tujuan hidup kte didunia ini.. fesbuk kalau disalahgunakan mampu melalaikan diri sendiri..
ingt tu~!
-peringatan buat diriku jua-
pernah gak dengar..huu.. tp kalu xletak no fon & alamat.xpe kan
Salam, bila Faiz menegaskan perkara ini sekali lagi, memang menjadi amat menakutkan bermain dengan facebook ini. Rasa-rasanya memang kena berhati-hati lepas ni kalau nak kutuk2 Amerika atau nak sokong mana2 pihak kan?
Huhu, kita sedang diperhatikan...
aduhai..
to arazma:
betul2x...
memang mudah terleka dgn benda2 mcm ni..
yeah...kerahsiaan perlu dijaga..
to addicted:
sama2 la kita beringat.
to aryn:
as long as x letak maklumat peribadi, ok rasanya..
to balqis:
haah, betul jugak tue,
hrmmm harus berhati2 memilih kata2,
tapi jgn risaukan layan jer FB tue, tp hati2 je..
mmg kita pun sedang diperhatikan oleh Allah S.W.T.
Post a Comment