.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Showing posts with label Medical Life's. Show all posts
Showing posts with label Medical Life's. Show all posts

Feb 18, 2011

Kisah Ambulance....

Assalamualaikum semua,
Tiba-tiba terasa nak bergiat aktif semula dalam dunia blogging ni...
sedar tidak sedar.... masa berlalu dengan pantas juga yer....
dah nak masuk posting ke-3 selepas habis yang dikira hardcore juga la.. "Medical & O&G" 


mengupas mengenai topik ambulance ni...
ade beberapa kali menghantar pesakit ke pusat rawatan lain seperti Institut Jantung Negara, Hospital Kuala Lumpur 
bergantung kepada kes yang sesetengah memerlukan kepakaran dari hospital dan tidak terdapat di sesetengah hospital...
kes seperti Intracranial bleeding "pendarahan dalam kepala" memerlukan kepakaran tertentu dari sesorang neurosurgeon atau Acute Myocardial infarction "serangan sakit jantung akut" yang perlukan intervention tertentu...

selanjutnya mengenai ambulans ni...
memang abang atau pakcik yang bawak ambulans memang mahir skil pemanduan mereka,
bawak ambulans sampai nak kecut perut....
memang dalam penghantaran pesakit dalam ambulans kena pantas dan laju untuk sampai kedestinasi yang dituju sebabnya keadaan pesakit kat dalam ambulans tu tidak STABIL dan memerlukan rawatan lanjut dengan segera lagi-lagi jika ambulans tu membawa pesakit dari tempat kemalangan.
kalau nak bercerita panjang mengenai perkara tue, lain kali akan kuceritakan...
apa yang point penting nak disampaikan kat sini....

SILA BERI LALUAN kepada AMBULANS 

 ini kerana ada SESETENGAH rakyat negara ni tidak faham2 bila ada ambulans kat jalan raya...
buat tak tahu jer... yang penting kereta diaorang lepas lagi-lagi bila dah masuk kawasan KL....

SILA LA BERTIMBANG RASA

bayangkan sekiranya kita atau saudra terdekat kita yang berada dalam ambulans tue...


-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Jul 15, 2010

Kehidupan baru di seremban~~

salam...
iyea kehidupan baru di seremban...
disebabkan hostel untuk kami2 ni sudah penuh...
maka kami ber-6 sepakat nak sewa rumah jer...
rumah 2 tingakat 4 bilik 3 bilik air yang besar dan luas dengan harga RM600/sebulan...
kira orait jugak la..sorang RM100 ++ sebab air/elektrik lain..
lagipun bukan selalu ade kat rumah pun...
hospital tue dah macam rumah ke-2...
pergi seawal2 pagi... balik dalam pukul 10 malam..
pastu terus tidur..
ish2
rumah ni dekat jer ngan hospital...
tapi kena drive jugak... =)
rumah ni dekat ngan bandar seremban, JJ seremban 2, TESCO...
semuannya dekat..
seremban ni rasanya xde la apa sangat...
paling best pun JJ jer...
sedih jugak la...
walaupun tengah menaip di dalam JJ jugak..

nasib baik ade bowling & cinema...
boleh jugak melepaskan tekanan2 yang x sepatutnya ditempat yg betul...

terasa nak berjalan2 & bermandi-manda di PD...
entah bila la ade masa nak pergi..walaupun macam dekat jer...



-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Jul 14, 2010

Minggu ke-3 di O&G

Salam...

kebosanan sorang2...
rakan2 rumah lain balik lambat...
dan aku sorang jer habis pukul 5...
seperti biasa balik rumah...tak tahu nak buat apa..
main game...

makan sorang2... pergi jalan sorang..
last week, on call first time... nasib baik xde apa2 kejadian yg x diigini berlaku...
ramainya patient tak ingat..
kalau orang mengandung ni bukannya kira waktu nak bersalin...
tengah2 malam, pagi2...
ketidaktiduran ku di situ menjaga ibu2 & bakal2 bayi supaya selamat dilahirkan dan hidup di dunia bergelar bumi...
makin hari, makin banyak benda yang belajar...
semakin competent juga..
Alhamdulillah..
syukur...
tapi masih banyak yang perlu di pelajari...

Hari ini...
ada lagi housement2 baru yang masuk..
sekarang dah bergelar senior la jugak..
kita pula yang mengajar mereka seperti senior2 housement yg mengajar kita masa mula2 masuk

Minggu ni, oncall weekend lagi.. hahaha..
lesap lagi hujung minggu ku...
wahahaha...


-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Jul 2, 2010

latest update

salam

Syukur ke hadrat Illahi...
dapat juga mencuri masa yang sikit dalam kesibukan tugas dan tanggungjawab yang baru...
untuk menulis di blog ini
lama rasanya tak mengupdate blog ini
bukannya, tak nak update... tapi kesibukan yang melanda
pergi kerja pagi balik kerja pagi balik... menyebabkan masa yang sedikit itu digunakan sepenuhnya untuk berehat....
balik kerja dah penat pastu tidur...
itu la rutin dan kebiasaan sekarang
matahari pun sudah jarang menjengah
sekarang ini masih lagi tagging dan diangka habis dalam masa beberapa hari lagi
sememangnya, amat penat...tetapi itulah laluan dan jalan hala tuju yang telah dipilih
maka, haruslah mengharunginya...
1st posting for housemanship - OBSTETRIC & GYNAECOLOGY (Masalah2 Perempuan =)
walaupun bukannya posting pilihan...
dan dapat masa lapor diri...
semoga banyaklah org2 bersalin di hosp berkenaan...
walaupun memang banyak
kena buat atleast 20 deliveries, 10 Episiotomy & 10 amniotomy within 10 days tagging




-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Jun 19, 2010

Selamat Berkhidmat!!!

Salam semua,

dah lama rasanya tidak mengupdate blog ini...
selesai sudah kursus induksi modul umum dan khusus untuk pengawai perubatan gred UD41 di Hotel Impian, Morib...
Ada la juga penat, suka dan dukanya...
penat sebab mendengar ceramah berjam2... zzzzzzzzzzzz
pengalaman manisnya pula, dapat berjumpa kembali rakan satu batch ramai2 kerana selepas ni masing-masing akan berkhidmat di hospital pilihan masing-masing diseluruh Malaysia.
Suka juga sebab dapat makan 6 kali sehari, makanan yang sedap...hotel yang selesa...
sedih & dukanya sebab akan berpisah dengan rakan2 lain...

Mulai isnin ini akan mendaftar di Hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri yang telah diteapkan...
bermulanya satu fasa kehidupan baru iaitu alam pekerjaan selama 2 tahun yang pastinya penuh dengan onak duri dan cubaan...
Tak tahu nak kata apa...
just go with the flow
Buat rakan-rakan yang akan sama-sama berkhidmat..
Marilah kita menjadi Doktor yang Selamat, Kompetent yang Beretika & Professional
Penyayang - Professional - Sedia Membantu

itulah moto baru setelah memasuki alam di bawah Kementerian Kesihatan.

Buat Rakan-rakan yang kan berkhidmat di hospital yang sama...
Marilah kita saling membantu & bekerjasama dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam & semangat



-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Apr 11, 2010

Pengalaman kehidupan Part 1

Salam semua,
Bertemu kembali dalam rancangan faiz...
hehehe...
berangan jer lebih...
Mencuri kesempatan untuk mengupdate blogku ini...
Semangat berblogging masih tegar dalam diri ini...
Apa cerita terbaru setelah officialnya menjadi pengganggur ini..
hahaha...
atau nama lain "penunggu tegar rumah" sbb semua org lain tiada dirumah samaada keje ataupun sekolah...
Makan, tidor, tv, laptop, psp, ps...
ku sudah naik bosan dengan semua itu....
hari-hari macam benda yang sama jer buat
tolong2x...

Yang terbaru dariku,
Menemani datukku di wad di Hosp Teluk Intan,
Dia kena buat pembedahan minor...
berkampung la selama 4 hari 4 malam di wad surgeri...
sampai sakit2 belakang sebab kena tidur dalam wad..
satu pengalaman yang berharga kurasakan sebelum mendapat surat tawaran untuk housementship
iaitu merasai pengalaman bersama pesakit..
walaupun bukannya sebagai pesakit...= )
Pengalaman banyak mengajar seseorang tentang kehidupan..
dapat jugak kulihat bagaimana & pelbagai tingkah laku housement...
pelbagai approach & pelbagai gaya...
ada yang bagus untuk diikuti...
ada jugak yang tak berapa bagus dan membuat aku berfikir...
harap2 aku tak jadi la mcm tu..
for eg: boleh dia main sergah jer, without take any permission or consent dulu..tak bagitau apa nak buat,
aku sebagai penjaga, pun rasa macam ada yang tak kena jer...
mula-mula tu mrk tak tau yang aku ni pun sealiran dgn mereka,
aku buat tak tahu jer, dan hanya melihat...
tapi lepas beberapa ketika, aku harus juga bertanya dan memperkenalkn diri ini...
dan hanya selepas itu barulah lain sikit dia punya attitude...


"Pesakit bukannya patung yang tidak mempunyai hati & perasaan"
Sedikit sebanyak, aku belajar mcm mn prosedur nak uruskan dari awal nak admit ke wad sampai ke pembayaran bil pembedahan...
penting jugak benda2 mcm ni...
supaya kita boleh tahu apa yang perlu dialami oleh pesakit itu sendiri...
Kemudian, kena tunggu sebelum nak masuk ke klinik tu dalam tempoh yang sangat "lama"
memang sangat lama, semata-mata nak tunggu berjumpa doktor
itu belum lagi, tempoh menunggu nak ambik ubat...
sejam lebih semata-mata nak ambik 3 jenis ubat...
mungkinkah inilah faktor2 yang menyebabkab pesakit tak datang temu janji?
sebab semasa tengah tunggu giliran tu pun, terdengar la perbualan makcik & pakcik ni...
"Sungguh, kalau macam ni malas aku dah nak datang ke hospital..lama betul nak kena tunggu...baik aku pergi private jer"
lebih kurang begitulah setelah diolah ayatnya...

Sekarang ni kena uruskan pulak pasal lapor diri tamat belajar dalam masa 30 hari...
dan tak berapa tahu sangat apa yang kena buat..
bermain-main soalan di ruang legar benak pemikiran ini..
dah siap ke Transkrip tu? dah boleh ambik ke?
memang kena hantar kat putrajaya la semua benda tu?
ada sesiapa yang tau?


-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Apr 2, 2010

Sayonara UKM, KTDI, Kawan2...

Kini tiba masanya,
Malam ni...
akan meninggalkan bilik ku yg hijau ini....
di KTDI....
sedihnya....
Kehidupan sebagai seorang pelajar UKM Fakulti perubatan ni...
takkan dapat dilupakan...
Kenangan & segala memori yang ada...
akan terus dikenang...
TERIMA KASIH kepada semua rakan2,
satu study group; Dr. Farizal, Dr. Hazim, Dr joean, Dr Mimi, Dr Erida & Dr Ainiza
tak lupa juga buat housemateku...
Dr Faiz, Dr Kasyful, Dr Helmi (aku doakan kau berjaya Helmi)
dan semua la kawan2 ku di UKM..

Mungkin ini antara entry yang terakhir...
sebelum akan aktif semula dalam beberapa bulan...itu pun kalau dapat,
ye la... kawasan rumah, limitited internet connectivity
dah tak dapat nak update apa2...
tak dapat nak bukak Facebook lagi..
waaaaa...
Sayonara kawan2..
Sayonara UKM


tak tahu la nanti housement dapat kat mana...
doa2 semoga dapat kat tempat yang aku minta tue...
wah dah nak keja...
tapi sebelum tu, kita berehat2 dulu...
dan pastinya akan kebosanan...

-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Mar 23, 2010

Our Journal Pusblished~~


I got an email from my SSM supervisor and at the same time PPD mentor, Dr Rosnah in February regarding our research, 

words from dr:

good luck to all of you for your coming professional exam. I wish all of you will pass with flying colours. I attached a file of our manuscript. I hope this will motivate all of you further to perform well for your exam. this paper will be online within 2 days. You can search your paper by typing your name and search it.
 
Good luck my future doctors.
 
Dr Rosnah Sutan

I'm very happy knowing that our research will be publish in journal..
Thanks to all my SSM groupmates:
Rosnah Mohamad AMIN, Khatija Banu ARIFFIN,
Tang Zoun TENG, Mohd Faiz KAMAL, Rusli Zaim RUSLI
and most important person:
DR ROSNAH SUTAN
atas dorongan, tunjuk ajar, support...

 us during our 1st Perinatal workshop

me during presenting our proposal at department

Terima kasih sangat sangat atas kerjasama semua
Segala penat lelah, usaha kita semua dah membuahkan hasilnya...




  http://www.zju.edu.cn/jzus/article.php?doi=10.1631/jzus.B0900245

And this is our journal that has been published ("-")*

-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

It's Time for me to rest



Alhamdullillah syukur atas nikmat-NYA..
Already finished my last exam as Medical student yesterday...hopefully
Tak tahu nak kata apa...
bagaimana perasaan sebelum dan selepas exam...
memang sangat berbeza...
tapi semuanya berjalan dengan lancar...
Sekarang ini hanya mampu berdoa dan bertawakkal kehadrat ILLAHI
agar diberi kejayaan...


Sekarang, dah habis exam...
terasa bosan pula...
tak tahu nak buat apa...
Itulah manusia...
Kalau ada masa tak tahu nak buat apa..
Kalau tak cukup masa barulah kelam-kabut nak buat itu dan ini..
contohnya, bila dapat tahu kena manned osce hari isnin...
kelam-kabut nak baca dan cover semuanya dalam masa 2 hari sebelum nak exam...
Itulah kelemahan diri ini..
Kawan-kawan yang exam hari khamis dan jumaat tu, gunakanlah masa yang ada sebaiknya...

Masa2 ni la nak  update blog, tukar design blog, touch up sana,sini...
menghabiskan masa...
buat entry itu dan ini...
Kemudian tengok semua movie-movie dalam simpanan...
Layan game PSP
ape lagi nak buat nih...

Tak tahu nak pakai apa nanti masa dinner...
fikir2...
macam nak keluar berjalan2, bershopping2an
hahaha

It's time for me to rest now
after long journey and struggle in this study month and final exam
=)





-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Mar 19, 2010

It's not time for me to rest yet...

It's not time for me to rest yet...
 it's My Final Battle~~
My eyes staring for a while at the list of names that just out this evening
don't believe it initially, but no matter what, I have to believe it
that is the reality
My manned is on MOONday
Therefore, I should work harder...
have to
and it is compulsary
because it is scary monday



My Final Battle is on Monday
and of course, I don't want to lose in my final battle

jia you farizal!!!
and all my friends
This is the last battle for us before announce as a doctor so & so...


すべての最高の
subete no saikō no

-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Mar 18, 2010

Hanya Kerana &$#^



Hari ini menjadi sejarah dalam hidupku.
Kenapa?
hanya kerana &*^%...
aku mendapat pengajaran yang akan aku kenang....
kerana inilah pertama kalinya ku mengalaminya...
pertama kali...
di kala hujan, walaupun bukan kesalahanku
Kenapalah pemandu-pemandu di Malaysia %^*
Serik dan mungkin tidak akan lagi....
Alhamdulillah, aku dipanjangkan umur dan tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius.
Hanya kecederaan kecil sahaja...
aku tetap bersyukur kerana aku masih boleh meneruskan misi jubah merah itu lagi...




-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Mar 17, 2010

Fuhh....




Alhamdulillah...
dah 3 hari exam....
esok hari yang ke-4...
sudah boleh menarik nafas sedikit....breath in breath out...
fuhhhh....
walaupun belum habis lagi....
next week antara yang paling takut....
manned OSCE....
Teruskan perjuangan....


 prof selalu guna ayat ni..
Whatever will be, will be
The future's not ours to see..
so , memang tawakkal jer.. =)









-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Mar 2, 2010

Misi Jubah Merah

Misi Jubah Merah diteruskan lagi,
kini beralih ke fasa yang genting
fasa yang memerlukan konsentrasi yang sepenuhnya...
daya fokus yang tinggi...
memori yang kuat...
semangat yang kental...


 Inilah jubahnya..
 Jubah yang menjadi idaman...
JUBAH MERAH
saya dan rakan2 yang lain...

Mungkin ini antara entry2 terakhir dalam masa sebulan ini...
kerana ada misi yang penting...
yang harus diselesaikan terlebih dahulu iaitu
MISI JUBAH MERAH


Harap saya...
akan dapat memakai jubah MERAH itu...
dengan izin-NYA,
selepas semua ikhtiar & usaha ini...
dengan berkat doa ibu bapa,keluarga, pensyarah2, rakan2..


Semoga rakan-rakan lain juga berjaya dalam peperiksaan professional akhir nanti...


 Satu batch kita berjaya & lulus untuk Peperiksaan Akhir Pro nanti...


-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Feb 26, 2010

Usah putus asa...kelak kau berjaya....lalalala


Ya Allah, kau kuatkan semangatku...
Untuk terus berusaha
Terus membaca ilmu-ilmu dari-MU,
dan Janganlah Lunturkan semangat hamba-MU dan rakan-rakanku..

Tetapkanlah kedua tanganmu, memegang tali Allah dengan kukuh
Sebab Dia-lah tempat bersandar di saat tempat-tempat bersandar yang lain mengkhianatimu

“…Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (Yusuf:86)


Masa berlalu makin pantas...
lagi 2 minggu ....
kepada Kawan2 yg kukenali...
doakan saya agar dipermudahkan urusan dan berjaya menempuh dugaan & cabaran ini...




-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Feb 20, 2010

Hand Examination revision & repost



to download this video;
http://www.mediafire.com/?mm0um4c0num




-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Feb 16, 2010

Petang yang indah...


hi...
Macam biasa, hari ni kehidupan diteruskan dengan izin-NYA...
Alhamdulillah....
takde apa yag istimewanya hari ni....
pergi ke ward utk membuat praktis2 sikit...
dan betapa ramainya kawan-kawan satu batch.....
sehingga penuh wad...
wah...
bagus2x...
persiapan terakhir kita....
Sama2 la kita pergi wad & buat apa yang patut dalam masa yang tak nak banyak ni....
masih ada masa lagi....
Macam2 gaya & perangai di kala nak exam ni....
huh.... berkesempatan juga berjogging seround 2....
merembeskan peluh dan keringat ni,
walaupun akhir2 ni memang cuaca agak panas sehingga boleh menyebabkan Heat-intolerance
dapat juga menenangkan mental yang tak berapa nak stabil ni...
cuaca pun elok... dan pemandangan langit yang indah...
mencuci mata yang nak blurred vision ni....
angin sepoi2....
Indahnya DUNIA, Lihatlah DUNIA...
tapi alangkah bestnya lagi kalau dapat gi pandai....
ok...
cukup2 la tue buat petang nak ke maghrib ni...



-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Feb 14, 2010

Santapan Kejayaan

Laparnya....
tak makan lagi ni...
lagi2 kafe kat kolej hari ni tutup pulak tue....
Nak jugak mereka2 itu cuti....
tak tau la sempena apa pun.....
tak sempena Valentine's Day yang diagong2kan sangat tue....
bak kata prof zul:
"
When you're with someone you love so dearly, everyday is Valentine's day"
tapi Maybe sebab Tahun Baru Cina ni kot...takpe mereka pun perlu cuti jugak...
lagipun mungkin ramai juga balik kampung masa awal2 study month ni....
ye study month....
bunyi macam lama... sebulan...
tapi kena cover apa yang kami belajar sepanjang bergelar medical student ni la kan....
Banyak tue......
Bak kata nasihat sesetengah doktor tue, :" U have to be selective...bla bla..."
hmmmm... perut dah berkeroncong ni....
study study jugak....
makan tetap harus kena makan....
stok makanan kat bilik pun makin berkurangan....
peti ais kat umah ni dah kosong nih..
nak makan ape ye malam ni?
nak kena delivery ke?
hahaha...
malas plak nak kuar gi jalan2... hehehe...
macam2 alasan la....
Blok ni semakin sunyi sepi, hanya ditemani lagu2 yg dipasang di laptop ni...
bak kata org: Pre-exam syndrome...
4th yr pun baru jer lepas habis exam & dah tau keputusan pun....
Tahniah buat mereka yang dapat naik tahun 5...
buat yg kena reseat paper tue...
boleh berusaha lagi...
sama2 dengan kami ni...
budak2 tahun 3 pun dah nak exam... lagi bertambah la kesunyiannya....
panjang pulak intronya...
ok nak kongsi resipi kejayaan...
bukan dr saya pun, sbb xde la berjaya mana pun...
mungkin boleh digunakan untuk mendapat santapan yang enak....
ok tata.. setakat tu jer dulu...
mungkin x sekerap dulu nak update blog ni.. tapi bergantung kpd keadaan....
mcm shah kata:
nak blah; 
kata SELAMAT STUDY semua...
hahaha



RESEPI BELAJAR 

Bahan-bahannya: 

1.Buku secukupnya(ikut selera masing-masing) 
2.Sebuah ketekunan 
3.3 mangkuk kerajinan 
4.4 hiris keinsafan 




5.5 keping kasih sayang 
6.Beberapa potong kasih 
7.Segenggam harapan 
8.1/3 cawan air mata keinsafan 
9.Semangkuk azam 
10.Sekuntum A untuk hiasan 

11. Secukupnya solat, doa & tawakkal...




Cara membuatnya: 

1.Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2.Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati. 
3.Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 lit3r pati usaha. 4.Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama. 
5.Kemudian titiskan air mata keinsafan. 
6.Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa. 
7.Tambahkan sedikit kerajinan. 
8.Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa. 
9.Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah. 

Cara menjamahnya: 
1.Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya. 
2.Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi. 
3.Hiasilah dengan seyuman. 
4.Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini. 



-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Jan 29, 2010

Mengapa Kita Bertangguh?




Mengapa Kita Bertangguh?


Musuh dan penghalang utama kejayaan ialah sikap bertangguh (procrastination).

Tabiat buruk ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa dan umur seseorang. 

Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka.



Kenapa kita bertangguh?


1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita


2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan


3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah


4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar


5) Tidak ada perancangan yang baik


6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri


7) Kita takut untuk berubah.


8) Kita takut gagal


9) Matlamat tidak jelas


10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai


11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.


12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat


13) Melayan sikap malas


14) Amalan tabiat kerja last minutes


15) Kurang dorongan


16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian


17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius


18) Tiada semangat yang jitu dan mantap


19) Tabiat tidak menghargai masa

Jom lawan sikap bertangguh dan sama-sama hargai masa kita!

Lagi-lagi dalam masa yang makin suntuk untuk menghadapi hari paling penting kita semua...
PEPERIKSAAN PROFESSIONAL/ IKHTISAS AKHIR
memang dah tak banyak masa yang tinggal 44 Hari... iaitu Kurang 2 bulan
Ya ALLAH...
Bantulah hamba-Mu ini...
Jangan PANIK!!!
oh, tidak boleh nampaknya....
aliran cortisol makin deras dalam salur darah ni....
apa2 pun...
LA TAHZAN....

Sesungguhnya masa adalah nyawa kita.









-thanks coz sudi baca-

- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Jan 13, 2010

7 steps to success



7 Langkah Untuk Mencapai Matlamat & Kejayaan

Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin 

Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan.

Bagaimana menyemarakkan keinginan anda?

Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api!

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda


TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3. Tetapkan Bila dan Tempoh Pencapaian Matlamat Anda 

TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu.

4. Tangani Halangan

Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi. 
Seterusnya tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.
    5. Buat Perancangan

    Gunakan semua butir pada langkah 3 dan 4. 

    RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya.

    Ingatlah pesan Peter Drucker, seorang guru pengurusan yang pernah berkata: Cara terbaik meramal masa hadapan ialah dengan meWUJUDkannya. (The best way to predict the future is to create it). 

    6. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda

    Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang atau berkali-kali di fikiran anda.

    Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.

    Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi". 


    7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda 

    Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence).

    Tekadkan semangat.

    Tumpukan kepada kejayaan.

    Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan.

    Bulatkan hati dan fikiran. 


    Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran.

    Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif. InsyaAllah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan impikan.




    -thanks coz sudi baca-

    - Bagi la komen sikit-
    - terima kasih-

    Blog Widget by LinkWithin