.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Showing posts with label Randomz. Show all posts
Showing posts with label Randomz. Show all posts

Feb 11, 2010

InsyaALLAH akan graduate...





InsyaAllah akan graduate....
Oleh itu harus berusaha bersungguh- sungguh....
VISUALIZATION....
and love this song so much....

Insha Allah
Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way 




to download, click here





-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Jan 25, 2010

SAHABAT dan CINTA






Suatu hari SAHABAT dan CINTA berjalan-jalan di sebuah kampung…
Tiba-tiba CINTA terjatuh di dalam telaga…Kenapa???
Kerana CINTA itu buta…
Lalu SAHABAT itu pun ikut terjun telaga …Kenapa???
Kerana SAHABAT itu akan buat apa sahaja demi CINTA…
Di dalam telaga.. CINTA hilang… Kenapa???
Kerana CINTA terlalu halus.. mudah untuk hilang… kalau tidak dijaga .. sukar dicari apatah lagi di dalam telaga gelap…
Sedangkan SAHABAT masih tercari-cari dimanakah CINTA…dan terus menunggu.. Kenapa???
Kerana SAHABAT itu sejati…dan akan kekal sebagai SAHABAT yang setia…
Oleh itu hargailah SAHABAT kita.. itu ..





-thanks coz sudi baca-

- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Oct 26, 2009

"Rahsia di sebalik Tulisan"


Salam semua!!!

lagi sekali kesibukan yg melanda,
sampai xde masa nak update blog ni...
posting ke-3 dah nak habis, lagi satu minggu...
tapi mcm biasa, ilmu tu mcm cukup x cukup jer..
lagi2 nak exam next week...
OMG....
help me...

bertungkus lumus menyiapkn CWU...
hampir siap kedua2 nya walaupun asyik tangguh jer..
sikap yg harus dijauhkn lagi- lagi nak exam ni.. blurrp...
for this posting, we have to submit 2 cwu - 1 gynae & 1 obs in handwriting same as during PAEDIATRIC
for gynae case- ectopic pregnancy ----> PV bleeding & abdominal pain, no IUGS
for obs case - gestational diabetes mellitus GDM on diet control for Induction of Labour
have to work harder to improve my skills & adequacy of knowledge

just want to share info about secret behind our handwriting
"Rahsia di sebalik Tulisan"



Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan?
hehe...
mari kita buat analisis mengenai jenis tulisan sendiri..
JOM!!!


[Tulisan berubah-ubah]
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

 
[Kecondongan tulisan] Tegak - Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

Condong ke kanan - Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri - Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

[Saiz tulisan]
Besar - Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Kecil - Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil - Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!


[Bentuk tulisan]
Lebar - Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus - Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat - Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat - Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

Bersambung - Pemikirannya berdasarkan logik.

Bercerai cerai - Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

[Jarak tulisan]
Tulisan jauh - Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

Tulisan rapat - Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

[Ruangan di tepi]
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

Ruang muka surat sebelah kiri kecil - Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

Ruang muka surat kanan kecil - Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Penuh satu muka surat - Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya



Analisis diri sendiri:
Tulisan yg kadang berubah2... tapi rasanya sam amcm dulu jugak... kalau malas tu, x payah cerita la =P

Tulis tegak kebanyakannya, kalau malas akan ke kanan..hahaha
saiz tulisan SEDERHANA - x besar N x kecik =)
bentuk tulisan biasanya satu per satu n kadang2 kurus
jarak tulisan - rapat...



Gambar ni takde kaitan dengan perkara di atas...
sekadar hiasan semata-mata, lagipun tgh lapar ni x makan lagi =)



-thanks coz sudi baca-

- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Jul 25, 2009

CUT-A-DAY

Salam semua,

ari ni hari sabtu...
hari yg menggembirakan & bahagia...
bcoz hari yg boleh rehat2 & relax...
xde nak pkir apa....
hari yg boleh keluar jalan2...
so, hari ni ingat nak jalan2 kat times coz ade twitter dr megasale semalam tulis ada program kat sana,
pagi tadi melangkahkan kaki la pergi ke sana bersama ayob...
rupanya cut-a-thon..
ada haircut free by Micheal & Guys...diaorg nak buat Rekod Malaysia... potong rambut beramai2...
mmg dah cdg nak gunting rambut yg sedia panjang ni...
so, apa lagi... terus daftar nama, nasib baik antara yg terawal....

borang pendaftarannya, tiada bayaran dikenakan, FREE!!!
so, potong jer la...
dan inilah hasilnya....
Walaupun, mmg stail tue yg aku slalo potong...
kira puas hati la...
semasa menunggu & semasa dipotong rambutnya....
ramai jugak org2 di sana...

antara cenderahati yg kami dpt: t-shirt, sijil , goodie bag yang penuh dgn barang, air nestle bliss, voucher2, brg2 pencuci muka, minyak rambut, botol air (tu brg2 yg boleh digunakan oleh kaum lelaki) ade lagi sebenarnya spt : lip gloss, kasut heel, etc ----> ni aku bagi mak or adik jer...
Tapi berbaloi kan??
hahaha...

sudah selesai benda2 tue,
apa lagi...
shopping la sikit2...
-itu sahaja-
- hola~~ tinggalkan komen yea-
- terima kasih-

Jul 17, 2009

me & public transport


salam semua,

maaf yer kawan2 pembaca blog semua,
rasanya, sudah berhabuk dan bersawang blog nie,
lagi2 setelah berada di hosp teluk intan,
terasa berbeza kesibukan di tahun akhir ni berbanding dengan tahun 3 suatu ketika dulu...
esok kena balik rumah,
ade kecemasan & urusan yg perlu diselesaikan...
tak dapet la den nak tgk citer harry potter minggu nih...
hancur semua plan den.. aish

bercakap pasal balik rumah ni,
mesti la kena menggunakan pengangkutan awam,
al-maklum la, org yg tak berkerjaya lagi & x mampu nak beli kenderaan roda 4...
alih2 baca paper (~online jer pun),
tambang pengangkutan awam naik!!!!
naik lagi!!!
kerajaan, kasihanilah kami yg tak berkenderaan ini..
sebagai rakyat, apa yg kita boleh buat,
ikut sahaja la... di sebalik 11 perkara yg baru diperkenalkan itu,
tak boleh nak kata lebih2, nanti tak pasal2 kena tutup plak blog ini...

tetapi pada pendapat aku sebagai pengguna setia pengangkutan awam ni,
penggunaan pengangkutan awam patut di galakkan oleh pihak berkenaan bagi mengurangkn kesesakan lalu lintas yg tahap dewa di KL ni, di samping byk lagi faktor 2 lain.
seharusnya fasiliti , mutu dan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di malaysia patut di naik tarafkan dan dipertingkatkan...

sekadar ~~ meluahkan pendapat sahaja~~
ampun pak.. ampun..

Tambang pengangkutan awam naik

KUALA LUMPUR - Tambang semua jenis pengangkutan awam melibatkan perkhidmatan bas ekspres, bas henti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa dinaikkan antara 30 dan 50 peratus berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Kenaikan itu bermakna semua pengguna akan dikenakan kadar tambang baru dari 2 sen sehingga RM7 mengikut kelas pengangkutan dan jarak yang ditetapkan bagi Semenanjung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kadar tambang pengangkutan awam disemak semula memandangkan kadar sekarang diguna pakai sejak Mei 2005.

"Penentuan kadar tambang tersebut telah mengambil kira inisiatif dan subsidi yang diberikan kerajaan untuk membantu sektor pengangkutan awam.

"Pada masa yang sama pertimbangan juga dibuat untuk mengimbangi kepentingan pengusaha dan pengguna agar kenaikan tidak membebankan," katanya pada sidang akhbar di sini selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan Fasa 3 kepada 831 penerima di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam.


nota kaki: terpaksa berjimat utk tidak berjalan2 menggunakan pengangkutan awam seperti selalu

-assalamualaikum-

-Sekadar itu sahaja tinta buat kali ini-
- please leave some comments-
- terima kasih-

Apr 15, 2009

Yatta, i'm finished

Salam semua,

lama rasanya tak update blog kesayangan ku ini..
hihihi..
so ingat
 nak update kejap la walaupun sebelum ni banyak jer masa.

OK bercerita tentang post mortem autopsi semua,
pasti ada antara kawan2 yang bukan medic tue pasti takut,
dan ade antara nya yang tanya tak takut ke tengok2 mayat2 tue semua...
lepas tu bila dengar bilik mayat tue,
pasti ade yang beranggapan banyak cerita seram2 ...
aku pun masa2 b4 masuk medic ade jugak dengar cerita2 macam pasal bilik mayat ni..
di balik lorong yang sepi.. ngeh2x..
tapi itu dulu...

sekadar gambar hiasan


utk pengetahuan, pelajar perubatan UKM perlu melihat 10 kes post mortem dilakukan, membuat post mortem dan membuat laporan.
So minggu lepas dah sempurnakan apa yang perlu dilakukan.
malam ni baru selesai menaip semua laporan yang perlu disiapkan.
Yatta...
siap jugak
sebenarnya kami kena buat benda2 sebelum bulan 7 dan aku dah siapkannya..
mesti la sangat gembira kerana tak payah nak berebut2 lagi nak buat post mortem ni..

aku di bilik post mortem


kami berempat yg membuat post mortem bersama2
tq (joean, izni & aini)

Dan hari isnin sebenarnya dah bermula kehidupan sebagai pelajar tahun akhir perubatan iaitu tahun 5..
rasanya sungguh sekejap masa berlalu...
rasa macam baru jer habis 1st yr..
dan ini juga bermakna bermula la satu tahun yang penuh cabaran & dugaan..
yang paling mencabar pastinya professional exam pada bulan 3 tahun depan yang merupakan halangan terakhir sebelum garduate dan bergelar housement officer...

Senarai nama mengikut posting dah keluar seperti yang aku letak kat bawah ni..
ada yang suka, dan ada yang suka dengan kawan2 dalam posting baru ni..
terutamanya mereka2 yang pernah ada study group kerana kumpulan diaorg berpecah..
dan memulakan dengan study group yang baru...
dan apa yang pasti, kita harus redha dengan apa yang telah ditetapkan dan menyesuaikan diri dengan sesiapa pun.

aku akan bermula dengan posting surgery (kump3) dan berakhir dengan posting internal medicine...
rasenya panjang pulak aku menaip di tengah2 malam ni..
esok ada CPC (clinical pathology conference) kul 8 pagi lepas tu nak hantar report post mortem ni, ada ssm (special study module) lagi...
sepanjang 7 minngu ni sibuk la dengan research yang akan kena present dalam conference akhir bulan 5 nanti..
so, harap2 semuanya berjalan lancar
petangnya pulak ade briefing untuk final year ni...
jam 5.00petang di auditorium nye kawan. mcm yg aku post sebelum ni

ok tu je utk update kali nie..


-assalamualaikum-
-that alls-
- please leave some comments-
- terima kasih, shukran, thank you, xie xie & arigato gozaimasu-

Feb 4, 2009

Post theory exam + magazines

Salam...

yeah!!!  yeah.!!!
hari ini dah habis exam teori paed & ortho...
tinggal OSCE paed & ortho jer sekarang ni...
entah la tak tahu nak komen apa pasal exam kali ni...
ade yg boleh jawab & ade jugak la yg x boleh jawab..mmg adat exam la..
ape2 ... doa2 jer byk2 agar lulus
huh... hari ni nak berehat * malas nak study apa2 bcoz dalam 2 hari ni mcm x tido jer...
nak tidur, teringat2 la banyak lagi yg x cover... tapi semuanya dah selesainya...
boleh tidur dgn aman kembali...

kali ni update utk magazine bulan lepas:
p/s: password: mfkblog 


Remaja 538 - keluaran 15 Jan 2009

Ujang 347 - keluaran 1 Jan 2009


Gempak 221 - keluaran 1 Feb 2009


-assalamualaikum-
-itu sahaja-
- sila tinggalkan komen anda- tQ
Blog Widget by LinkWithin