
Doktor diminta minum kopi
CANBERRA - Doktor-doktor di Australia yang kepenatan kerana bertugas lebih masa diminta minum enam cawan kopi sehari untuk kekal cergas.
Satu dokumen yang dikeluarkan oleh pegawai-pegawai kesihatan di Queensland mengesyorkan doktor-doktor supaya mengambil 400 miligram kafein untuk kekal cergas ketika bertugas atau bersamaan dengan enam cawan kopi.
"Cukup mudah untuk pihak pengurusan menyatakan supaya secawan kopi diambil dan jangan pedulikan kepenatan," kata Naib Presiden Persatuan Perubatan Australia, Steven Hambleton.
"Kita bercakap mengenai isu serius dan ia bukannya satu cadangan yang serius," katanya.
Sebuah kesatuan mewakili doktor-doktor di Queensland minggu lalu turut memberi amaran berkaitan pesakit-pesakit di hospital awam akan meninggal dunia kerana doktor mereka kepenatan selepas terpaksa bekerja tanpa rehat. - Reuter
my comment:
Memang menjadi tanggungjawab seorang doktor untuk membantu pesakit. Tetapi dalam masa yg sama, DOKTOR juga hanya manusia biasa. Kalau minum kopi atau kapucino sekali pun.. kalau dah ngantuk dan penat tue, tetap tak berkesan.
nota kaki: erm, dah lama tak minum kopi or nescafe. Baikkah caffein ? apakah kesan sampingannya? cari la sendiri


