.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Feb 17, 2010

Kisah Tauladan; Si Cinta & Perkahwinan...


Salam,

Kali ni nak berkongsi mengenai sebuah kisah simple tapi menarik juga la.......
Bukan nak menekankan sangat jalan ceritanya tapi isi tersurat & tersirat dari kisah ini...
Tetapi bergantung juga kepada pendapat & pandangan masing mengenainya...
Selamat Membaca & fikir2kanlah..

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: “Guruku, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?”


Guru: “Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian, ambil lah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.”
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong…

Gurunya bertanya: “Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?”

Pelajar: “Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya…”

Guru: “Ya, itulah cinta.”

Di hari lain-nya pula, pelajar tersebut bertanya lagi kepada gurunya…

Pelajar: “Apa itu perkahwinan?”



Guru: “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu, tapi, janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.”
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut…

Maka gurunya pun bertanya: “Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?”

Pelajar itu menjawab: “Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya, ia adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...”

Maka guru itu menjawab: “Itulah perkahwinan…”



-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Jan 29, 2010

Mengapa Kita Bertangguh?




Mengapa Kita Bertangguh?


Musuh dan penghalang utama kejayaan ialah sikap bertangguh (procrastination).

Tabiat buruk ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa dan umur seseorang. 

Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka.



Kenapa kita bertangguh?


1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita


2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan


3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah


4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar


5) Tidak ada perancangan yang baik


6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri


7) Kita takut untuk berubah.


8) Kita takut gagal


9) Matlamat tidak jelas


10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai


11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.


12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat


13) Melayan sikap malas


14) Amalan tabiat kerja last minutes


15) Kurang dorongan


16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian


17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius


18) Tiada semangat yang jitu dan mantap


19) Tabiat tidak menghargai masa

Jom lawan sikap bertangguh dan sama-sama hargai masa kita!

Lagi-lagi dalam masa yang makin suntuk untuk menghadapi hari paling penting kita semua...
PEPERIKSAAN PROFESSIONAL/ IKHTISAS AKHIR
memang dah tak banyak masa yang tinggal 44 Hari... iaitu Kurang 2 bulan
Ya ALLAH...
Bantulah hamba-Mu ini...
Jangan PANIK!!!
oh, tidak boleh nampaknya....
aliran cortisol makin deras dalam salur darah ni....
apa2 pun...
LA TAHZAN....

Sesungguhnya masa adalah nyawa kita.









-thanks coz sudi baca-

- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Jan 29, 2009

My Name is....

Assalamualaikum semua.

Ada sahabat saya yang hantar ke email mengenai perkara ni, jadi saya nak berkongsi dengan rakan- rakan sekalian. Memang benar, ada antara Kita yang mempunyai nama2 panggilan tertentu. Kadang-kadang saya sendiri pun memanggil rakan2 

saya dengan panggilan2 atau singkatan tertentu. Mungkin disebalik nama panggilan itu terpahat memori tertentu bagaimana nama itu boleh wujud atau mungkin nama itu, nama yang sudah lama digunakan. Saya disini bukan bermaksud apa2 cuma seboleh-bolehnya kita memanggil rakan2 kita atau orang lain dengan dengan panggilan atau nama yang baik2. Contohnya yang tak baik seperti woi botak, woi pendek dan sebagainya.

Nama anda semua semestinya mempunyai maksud tersendiri yang unik. Nama2 kita ni dipilih dan diberikan oleh keda ibu bapa kita.

seperti nama saya:

"MOHD FAIZ KAMAL"

faiz = kejayaan

Kamal = sempurna

Alhamdulillah, nama yang pendek tetapi membawa maksud yang besar ; )

mfk = Mohd Faiz bin Kamal


Kadang-kadang juga orang ingat nama aku FAIZ KAMAL, padahal Kamal tu nama ayah aku..hihi..maklum la, ramai sangat org nama faiz, popular ..hahaha...sejak sekolah rendah, ade jer org yg nama ngan aku ni...

tapi aku tetap suruh panggil faiz juga.


p/s: tiada maksud tertentu atau ditujukan kepada sesiapa, sekadar berkongsi sahaja.


Anda semua tahu tak maksud disebalik nama anda??

maksud disebalik nama-nama lelaki [check here]

Nama-nama yang dilarang dalam islam [check here]

maaf la tak jumpa link / sumber tentang nama-nama perempuan .. kalau ade boleh la dikongsi bersama...


LARANGAN MEMANGGIL DENGAN GELARAN TIDAK ELOK

Firman Allah SWT, "HAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat [049], ayat 11)

AYAT ini menceritakan keadaan seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Thabit ibnu Qais ibnu Syammas. Beliau merupakan seorang yang pekak dan tuli. Walau bagaimanapun, beliau suka menghadiri ceramah-ceramah agama yang diadakan oleh Rasulullah SAW. Setiap kali beliau hadir majlis ilmu tersebut, para sahabat yang lain akan memberikannya tempat duduk berdekatan dengan Rasulullah SAW supaya pendengarannya akan lebih jelas dan nyata. Dia juga dapat mendengar dengan lebih baik setiap apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Pada suatu hari, ketika beliau sampai di masjid, tempat yang biasa didudukinya telah diambil oleh orang lain. Beliau pun melangkah selangkah demi selangkah untuk sampai ke hadapan. Walau bagaimanapun langkahan kakinya tidak disukai oleh orang ramai kerana beliau melangkah di atas belakang dan kepala jemaah di dalam masjid. Ketika beliau melangkah, beliau berkata, "Lapangkanlah, lapangkanlah, berilah aku ruang."

Tidak diendahkan

Walaupun begitu, kata-katanya tidak diendahkan langsung oleh orang ramai. Beliau pun meneruskan lagi langkahnya sehinggalah sampai ke hadapan, kemudian beliau pun duduk. Apabila beliau duduk, berkatalah lelaki di sebelahnya, "Ini tempat aku dan aku lebih berhak untuk duduk di situ."

Thabit tidak mempedulikan kata-kata lelaki tadi. Beliau pun bertanya lelaki tadi, "Siapa kamu ini?"

Jawab lelaki itu, "Si anu anak kepada si anu." Thabit berasa tidak puas hati dengan jawapan tadi. Beliau pun bertanya lagi sambil menyebut nama ibu lelaki itu dengan panggilan yang memalukan di zaman jahiliah.

"Kamu anak kepada perempuan si anu binti si anukah?"

Apabila mendengar pertanyaan Thabit tadi, lelaki itupun tertunduk malu. Dia malu kerana gelaran itu amat mengaibkan ibunya.

Selepas kejadian itu, maka turunlah ayat ini, ayat 11 surah al-Hujurat.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi pula, pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang lelaki yang mempunyai dua atau tiga nama gelaran. Orang ramai biasanya memanggil nama lelaki itu dengan nama gelaran yang ketiga. Lelaki tersebut tidak menyukai jolokan itu.

Sehubungan dengan itu, turunlah ayat tersebut di atas. Rasulullah SAW lalu membacakan ayat tersebut. Baginda melarang umat Islam memanggil seseorang lain dengan nama gelaran yang tidak elok.


Pengajaran


* Jangan sesekali memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak disukai olehnya.

Informasi

SINGA Allah dan Singa Rasul adalah gelaran agung yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada Hamzah bin Abdul Muttalib. Pada zaman Rasulullah, memang terdapat gelaran-gelaran yang diberikan baginda kepada para sahabatnya. Contohnya:

1. Abu Hurairah (Bapa Kucing) diberikan kepada Abdul Rahman Bin Saqr,

2. Humairah (Pipi Merah) diberikan kepada Siti Aisyah,

3. Asadullah (Singa Allah) diberikan kepada Hamzah Abdul Muttalib,

4. Saifullah (pedang Allah) diberikan kepada Khalid al-Walid.

Semua gelaran di atas bukan bertujuan menghina tetapi menunjukkan rapatnya hubungan Rasulullah SAW dengan mereka

Firman Allah SWT, "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai..." (Surah Al-A'raaf [07], ayat 179)

Renung-renungkan!



-assalamualaikum-
-itu sahaja-
- sila tinggalkan komen anda- tQ

Jun 12, 2008

~~KAta-kaTa

Kata-kata yang di ucapkan sembarangan, dapat mewujudkan perselisihan,

Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan satu kehidupan,


Kata-kata yang di ucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan,


Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati,


Kata-kata yang bermanfaat dapat menambah ilmu,
kata - kata yang baik adalah doa,



Jika terlepas kata, buruk padahnya

Hati-hati pada setiap tutur kata kita,
Blog Widget by LinkWithin