.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Dec 30, 2008

Bulan Hijrah & Kita??

Assalamualaikum semua

Sempena hari yg baik nie, hari permulaan tahun islam... 
just tanya, korang tau tak korang nyer tarikh lahir dalam tahun islam?
mungkin ade yg tau & bukan "ramai" jugak yg tak tahu...
apa salahnya kalau kita tahu kedua2 tarikh lahir dalam kedua2 kalendar...
bagi yang tak pasti bulan ape korang lahir dlm bulan islam...
bolehlah buat semakan dekat web ni... 

so mcm aku 

28/11/1986 = Jumaat, 25 Rabiulawal 1407H

so disini nak kongsi dgn semua info mengenai bulan islam & tarikh lahir

bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilakunya. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram 

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar

 Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


Rabiul Awal

 Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah. (dibulan inilah aku dilahirkan, ermm... akan mendapat pangkat besar?? = harap2 dapat tetapi byk juga tanggungjawab yg perlu dipikul, menjadi org berpengaruh= dahsyat ni, tapi yg negatif tu agak betul jugak..hihi ;)


Rabiul Akhir 

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal

 Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir 

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab 

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban 

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan 

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal 

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah 

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijjah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, maka dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan


p/s: actually, info diatas adalah kaitan antara bulan hijrah yang mana seseorg lelaki itu dilahirkan. Bulan hijrah & lelaki ok!!, yg perempuan ade yg lain.. hihihi

-itu sahaja-
- Ada sebarang komen??-

8 comments:

FaNa said...

akukan lahir 17 ramadhan..huhu..pendiam??? huhu

mfk said...

farhana,
ko tak habis bace nie...
hihihi..
ni yg part lelaki & bulan hijah jer laa... ;P

FaNa said...

alamak... kecik sgt..huhu

Anonymous said...

lorrr...mana part bulan hijrah & perempuan?????ishk3. cepat2 pi carik!

anyway, good entry sempena tahun baru.

mYshah said...

aku plak 2 rejab.. kicik2 dlu mmg nakal~ huuhu.. tp bile besar rendah diri n bersikap tidak tahu menahu? huhu.. entah le...

Balqis said...

Sunday 29 Jumaada al-awal 1406 A.H.

Tua setahun dari kamu, Faiz!
hehe...

Anonymous said...

errk..hbs tu mne pmpn punye?hehehe
pdnla mcm len mcm je bace
;p

Anonymous said...

aku punye Jamadil Awal.. alamak!! macam betul plak.. aduyaai!

Blog Widget by LinkWithin