.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Dec 22, 2008

Pemurahkah rakyat Malaysia?

Salam and hi everyone!!

Kali nie nak bercerita ttg pemurah...
hari ni, berlaku kejadian itu
bukan hari ini saja
tetapi sudah banyak kali saya & mngkin org lain juga pernah melauinya,
selepas makan disuatu kwsn yg agak popular
di bawah sinaran matahari yg terik memancar
 tiba2 ada seorang makcik (agak tua juga dlm 60thn) menyapaku, 
tapi nampak mcm masih sihat (from inspection)
seperti ingin bertanyakan sesuatu
tetapi........

nak, boleh bagi makcik RM5? makcik nak buat tambang balik rumah...
makcik takde duit nak..
kesiankan makcik.. (dgn nada yg tertentu ~utk menagih simpati)

dan ku bertanya kembali,
makcik nak balik ke mana?
dan makcik tu jawab la soalan itu...

tersentuh juga hati ni nak menolong,
kesian betul makcik ni..
mungkin betul juga makcik nie dalam kesusahan..
ape salahnya menolong..
lalu dihulurkan seberapa mana yg mampu...
makcik tu tidak mengucapkan sebarang ucapan balas, terima kasih or what ever..
lalu berlalu pergi begitu sahaja..
aku tak kisah pun pasal perkara tu...
niat hati, sekadar utk menderma..

tidak berapa lama kemudian,
ku terserempak dgn makcik yg sama,
betul, memang makcik tadi, tapi ditempat yg lain...dlm 3km dr kwsn berkenaan..
cepat betul makcik sampai kat sini..
dan kuperhatikan saja makcik itu dr jauh...
kuperhatikan makcik itu seperti sedang meminta bantuan seperti yg berlaku tadi..
rakyat Malaysia yg pemurah tadi pun membantunya juga...

Kemudian, perkara itu berlaku lagi...
lalu kuterfikir...
apekah betul makcik ni dlm betul2 dlm kesusahan??
terfikir psl peminta sedekah nie..
mengikut ape yg kubaca dr byk sumber...
kebanyakan peminta sedekah nia ada yg dapat lebih kurang RM2000 dalam sebulan.. (kebanyakannya bukan kesemuanya ye)
mereka bukan hanya terdiri dr rakyat kita sendiri, malahana de yg dr warganegara asing..
malah ade juga menggunakan kanak2 sebagai medium pengantaraan utk tujuan masing2 ...

Sekadar gambar hiasan

Lagi satu kisah tentang perkara ini,
ku berjalan2 & sedang tunggu bas..
ade la beberapa peminta sedekah yg terdapat di situ,
kelihatannya seperti x boleh berjalan..
tiba2..
ade pegawai peguatkuasa dtg...
& suruh mereka beredar...
surprisingly, mereka boleh berjalan lebih kurang mcm org normal..
n pegawai ckp:
"dah lama buat keje ni??"

sesunguhnya, perkara ni juga pernah berlaku banyak kali...
ape pendapat korang ttg perkara ni??
patut ke x patut??
hrmm.. komen sikit...

sambil tue baca la kisah teladan ni bersama

Diceritakan pada masa dahulu, telah berlaku kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah, seorang kaya dengan berkata:

"Tolonglah Sedekah kan kepadaku sepotong roti , dengan ikhlas kerana Allah s.w.t."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluar lah anak gadis orang kaya itu, lalu memberikan roti yang masih panas kepada nya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluar lah bapa gadis tersebut yang terkenal amat bakhil, lalu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu, dengan takdir Allah s.w.t, kehidupan orang kaya itu mula menemui kesukaran. Ternyata Allah s.w.t. telah menarik segala harta kekayaan nya sehingga dia, menjadi seorang yang fakir lagi miskin dan meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Setelah orang kaya itu meninggal dunia, anak gadis nya yang kudung tangan itu, terpaksa lah menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke satu rumah. Ditakdirkan Allah s.w.t. , pada suatu hari anak gadis itu menghampiri sebuah rumah milik seorang kaya sambil meminta sedekah, lalu keluar lah seorang wanita yang seperti ibu layak nya. Si ibu itu sangat kagum dengan kecantikan sang gadis lalu mempelawa anak gadis itu masuk ke rumah nya.

Disebabkan Si ibu itu, sangat tertarik dengan gadis tersebut lalu dia mengahwinkan anak nya dengan gadis tersebut. Setelah majlis perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan yang indah-indah kepada anak gadis itu sebagai persalinan yang baru.

Pada malam hari nya, si suami pun hendak makan bersama gadis ini. Lalu diajak nya si isteri untuk makan bersama, disebabkan anak gadis itu kudung tangan kanan nya, lalu dia pun makan dengan menggunakan tangan yang sebelah kiri. Suami nya yang tidak tahu bahawa si isteri itu kudung, lantaran Ibu nya pun merahsiakan kecacatan itu, lalu ditegur nya si isteri :

"Sesungguh nya benar kata orang, bahawa orang fakir tidak tahu beradab, makan lah dengan tangan kanan mu wahai isteri ku, bukan dengan tangan kiri mu."

Setelah si suami berkata demikian, maka isteri nya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suami nya berulang kali mengingatkan nya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari balik pintu:

"Keluarkanlah tangan kanan mu itu wahai hamba Allah, sesungguh nya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kepada ku, maka tidak ada halangan bagi Allah s.w.t. memberikan kembali akan tangan kanan mu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanan nya, dan alangkah bersyukur nya dia, apabila mendapati tangan kanan nya berada dalam keadaan asal, lalu dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Hadis Abdullah bin Umar:

Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Peminta sedekah tidak akan berhenti dari meminta-minta sehinggalah bertemu dengan Allah dan pada saat itu tidak ada sepotong daging pun di wajahnya” (Hadis Sahih Muslim)


Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Jika sekiranya salah seorang di antara kamu berangkat pada waktu pagi untuk mencari kayu lalu dia memikulnya di atas belakangnya. Kemudian dia bersedekah dengannya dan tidak mengharapkan pemberian dari orang lain, maka itu adalah lebih baik baginya dari meminta-minta daripada orang lain. Tanpa mengira samada orang itu memberi kepadanya ataupun tidak kerana tangan yang berada di atas itu lebih mulia daripada tangan yang berada di bawah dan mulailah dengan memberi nafkah atau mendidik orang yang berada di bawah tanggunganmu terlebih dahulu (Hadih Riwayat Muslim)

aKHIR KATA: "tangan org yg memberi lebih baik dr tangan orang menerima"

p/s: sesungguhnya diri ini bukanlah org yg sesuai utk bercerita ttg perkara ini, hanya sekadar pendapt utk dikongsi bersama



-itu sahaja-
- Ada sebarang komen??-

3 comments:

SyaiRah~ said...

yee...
manusia mmg ade mcm2 ragam kan..
tp xpe la faiz..
aku rase yg plg penting ialah niat kite yg ikhlas nk tlg 2..

:)

Anonymous said...

hoho..
eira penah kena situasi cmni kat penang..
geram je..
dr ikhlas trs tak ikhlas dh..
pasal pemintak sedekah tu..
dekat Kl pn mmg melambak yg normal tp buat2 cacat..
ape blh bt?
mls keje kutt

mYshah said...

ye td g makan pon ade org mintak sedekah...
xpe la kite niat nak tlg je kan
btol kate syai niat tu yg penting, huuhu

Blog Widget by LinkWithin