.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Feb 27, 2010

Selesai Sudah & Belum Selesai

MAJLIS SOLAT HAJAT




Alhamdulillah...
selesai sudah majlis solat hajat & bacaan yassin beramai satu batch kami dengan ibu bapa juga lecturer besempena Peperiksaan Professional akhir kami yang tinggal dalam 15 hari sahaja...
Harapnya dengan berkat doa ibu bapa, lecturer & rakan semua yang hadir, termakbul la hajat & impian kita semua dengan izin-NYA...

TEMUDUGA DENGAN SPA


Macam dah terlambat jer nak tulis pasal interview dengan SPA
tahukan apa tu SPA? bukannya spa urut2 & mandi2 tu..
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di Putrajaya pada 24 hari bulan hari tue...
untuk jawatan UD41..
iaitu jawatan doktor perubatan...
walaupun pada dasarnya, memang dah sah2 & confirm akan dapat kerja dengan kerajaan...
tapi kena juga interview...
Kami satu batch dibahagikan kepada 3 hari, (23-25hb)
seperti interview2 yang lain2 juga...
kena la bawa semua maklumat pengenalan diri spt IC & surat beranak, sijil2 berkaitan, semua keputusan2 peperiksaan dan tak lupa juga resume...
semua tu tidakmenjadi masalah, sebab memang dah ade....
Malam sebelum tu, sibuk la melawat laman2 web berkaitan spt kementerian kesihatan, 1 malaysia semua tu...
setidaknya tahu la juga kalau kena tanya...
sebab hari sebelumnya ada kawan2 lain yang kena tanya soalan tu..
siapa menteri kesihatan?
siapa deputy general?
apa itu 1 Malaysia..
macam isu2 la boleh kena tanya...
so, ambik tahu la juga sikit2...
tidak lupa berkaitan jawatan yang kita mohon..
kalau kami, tentunya soalan berkaitan perubatan..
cough, chest pain, malaria, dengue, asthma..etc..
semuanya sekali la...
jawab jer la apa yang termampu...
tak menjadi masalah pun...
Pakaian pula mesti kemas; pakai kemeja bertali leher...

Interview hari tu start pukul 8 pagi...
dan ia berdasarkan first come first kena interview la...
dan dapat giliran yang kedua...
bagus2...
takde la kena tunggu lama sangat...
habis temuduga boleh terus balik...hehehe..
penemuduga aku terdiri dari 2 orang..
yang pertama: Ir lee soo jin...(wah serius dia baik sgt & ceria jer orangnya)
yang kedua tentukan seorang pengawai perubatan...
sampai2 giliran..
terus ketuk pintu, lepas tu serahkan dokumen2 berkaitan...
1st question : Ok, nama awak Mohd Faiz kan?
panggil apa...
boleh ceritakan sedikit mengenai diri ...
jawab jer blablabla....
oh tinggal di sana..apa keistimewaan kat sana...
mereka tanya juga mengenai sukan apa yang diminati, hobi dll..
lepas tu tanya pasal housementship...
jawab jer dengan yakin & cemerlangnya...wah bagus2x...
mereka angguk jer la...lepas tu bagi satu situasi;
Kalau awak di suruh untuk melakukan satu procedure yang awak tak tahu nak buat, apa langkah seterusnya yg akan awak buat?
jawab la.... blablabla... wah bagus2...lagi sekali kena puji...
we have to be a safe & good doctor..
then, awak tahu berapa lama housementship?
Apa yang awak kena buat semasa housementship?
Hospital mana yang awak akan mohon? kenapa?
Apa yang awak dilatih semasa student?
dll ...
takde soalan berkaitan kerajaan...
tiada soalan berkaitan medical problem...
wah betul ke ni?
penat menghabiskan masa mencari maklumat berkaitan kerajaan semua tu, tapi xde soalan pun..
memang tu nasib la..
kawan2 lain yang kena interview semua dapat soalan yang berbeza2...situasi yang berbeza2..
bergantung kepada interviewer..
so kesimpulannya, ambil masa dlm 15 min macam tu sahaja..
lepas dah habis tu..mereka wish semoga berjaya  semua2 la...
wahaha...
prestasi yang cemerlang di situ...
dan sangat menikmati temuduga itu tanpa rasa tertekan pun

MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI..


lepas habis interview tu... terus daftar sebagai pengundi dengan SPR...
dah lama nak daftar, umur pun dah berkelayakan..
cuma kekurangan masa & tak tahu nak daftar macam mana...huh, alasan semata2..
cuma mengambil masa kurang dari 5 minit, dah selesai semua prosedur2 tu...
SPR DAN SPA dalam satu bangunan yang sama di Parcel C, Putrajaya
YES!!!
dah boleh mengundi lepas ni...
next pilihanraya 2013 yea...

Itu semua selesai sudah...
ade perkara lain yang belum selesai ni...
MISI yang belum SELESAI
MISI JUBAH MERAH
iaitu Peperiksaan AKHIR...
wah...mahu sambung menelaah terus dan terus lagi...


-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

1 comments:

iNt@N said...

wah,..betul ke ni tak payah baca pasal satu malaysia, organisasi sumer tu? orang lain kene tnya pasal pe? berdebar plak nak gi temuduga..hehe..thanks for your informations.give me a lot of idea on what is going on.

Blog Widget by LinkWithin