.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Aug 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Hari Kemerdekaan ke-54



Assalamualaikum semua,

update ringkas dariku...
nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri & salam kemerdekaan buat semua rakan-rakan yang mengenali diri ini, keluarga semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


DAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54






-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Aug 18, 2011

Di Saat Aku Mencintaimu



Tiba-tiba minat pulak lagu ni...


layann jer la....






Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta






-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Aug 16, 2011

Count On Me

tiba-tiba minat lagu ni....





Count On Me 

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
http://www.elyricsworld.com/count_on_me_lyrics_bruno_mars.html
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you





-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Mistakes

Post call.... Indahnya permandangan matahari terbit...



Gambar dari tingkat 8

Rasa lega bila oncall dah habis ... Tapi risau jugak apa yg kita manage tu betul atau x...

Betul...
Semua orang boleh melakukan kesilapan..



X dapat lari dari melakukan kesilapan
Bukan kita sengaja nak lakukan kesilapan tue....
Tanpa sedar kita membuat kesilapan...
Walau sekecil mana kesilapan yang kita buat...
Orang akan tetap fikir kita dah buat silap....

Hrmm




- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Merak 21,Seremban,Malaysia

Aug 15, 2011

Hari ke-15

Salam ramadhan,
Hari ini dah Ramadhan ke-15
Sudah separuh Ramadhan kita lalui...

Bermakna hari raya pun menjelang tiba....
Dah buat persiapan untuk raya? Ade la buat persiapan raya serba sedikit... Kereta pun dah service...
Tak sabar nak balik raya Kat kampung...
X silap bonus pun dah masuk....
Syukurnya....
Tapi banyak jugak duit diperlukan untuk belanja raya...
Hari ini oncall lagi Kat general Ward....
Semoga hari ini berjalan dengan lancar....
Terfikir jugak kadang-kadang kita ni x bersyukur dengan apa yang Ada....
Ini antara oncall 2 terakhir kerana lepas ni dah mula sistem shift ... Dah x de oncall, maknanya dah Xde elaun oncall....then, dah kurang la duitnya .... Kena la mula berjimat sedikit....

Masa Ade oncall sistem... Malas nak oncall....
Ok mari kita berooncall hari ni...




Masa bershopping ditangguhkan


- Posted using BlogPress from my iPhone

Aug 13, 2011

Penuh liku-liku kehidupan

Saat matahari meninggi ... Memunculkan diri .... Diri ini mungkin masih lagi di ulit mimpi yang tidak pasti....
Setelah lama tidak menulis... kesibukan kerja dijadikan alasan tetapi pada hakikat sebenarnya sifat malas yang merantai diri....
Banyak jugak perkara yang berlaku setelah bergelar pelajar setahun yang lepas...
Ade kisah suka... Ada kisah duka...
Semua itu semestinya akan terus diingati....
Semua kisah2 tu telah pun dilalui dengan hati yang separa tabah kerana kadang-kadang memang sukar....


Disebalik semua kisah2 tue... Kehidupan harus diteruskan....
Life is really unpredictible eventhough u can predict it....

Salam Ramadhan dari mfk untuk semua kenalan....
Sedar tidak sedar sudah hari ke-13




- Posted using BlogPress from my iPhone

Feb 18, 2011

Never give up on your dreams






-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Rindu sama kamu

 Assalamualaikum semua..


Lama betul blog ini tidak terupdate ...
disebabkan kekangan masa, fasiliti...
tak dapat nak mengupdate...
sekarang ni dah agak kurang sibuk sikit....
tapi masih akan sibuk


apapun rindu bangat sama kamu blog




-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Kisah Ambulance....

Assalamualaikum semua,
Tiba-tiba terasa nak bergiat aktif semula dalam dunia blogging ni...
sedar tidak sedar.... masa berlalu dengan pantas juga yer....
dah nak masuk posting ke-3 selepas habis yang dikira hardcore juga la.. "Medical & O&G" 


mengupas mengenai topik ambulance ni...
ade beberapa kali menghantar pesakit ke pusat rawatan lain seperti Institut Jantung Negara, Hospital Kuala Lumpur 
bergantung kepada kes yang sesetengah memerlukan kepakaran dari hospital dan tidak terdapat di sesetengah hospital...
kes seperti Intracranial bleeding "pendarahan dalam kepala" memerlukan kepakaran tertentu dari sesorang neurosurgeon atau Acute Myocardial infarction "serangan sakit jantung akut" yang perlukan intervention tertentu...

selanjutnya mengenai ambulans ni...
memang abang atau pakcik yang bawak ambulans memang mahir skil pemanduan mereka,
bawak ambulans sampai nak kecut perut....
memang dalam penghantaran pesakit dalam ambulans kena pantas dan laju untuk sampai kedestinasi yang dituju sebabnya keadaan pesakit kat dalam ambulans tu tidak STABIL dan memerlukan rawatan lanjut dengan segera lagi-lagi jika ambulans tu membawa pesakit dari tempat kemalangan.
kalau nak bercerita panjang mengenai perkara tue, lain kali akan kuceritakan...
apa yang point penting nak disampaikan kat sini....

SILA BERI LALUAN kepada AMBULANS 

 ini kerana ada SESETENGAH rakyat negara ni tidak faham2 bila ada ambulans kat jalan raya...
buat tak tahu jer... yang penting kereta diaorang lepas lagi-lagi bila dah masuk kawasan KL....

SILA LA BERTIMBANG RASA

bayangkan sekiranya kita atau saudra terdekat kita yang berada dalam ambulans tue...


-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Jul 15, 2010

Kehidupan baru di seremban~~

salam...
iyea kehidupan baru di seremban...
disebabkan hostel untuk kami2 ni sudah penuh...
maka kami ber-6 sepakat nak sewa rumah jer...
rumah 2 tingakat 4 bilik 3 bilik air yang besar dan luas dengan harga RM600/sebulan...
kira orait jugak la..sorang RM100 ++ sebab air/elektrik lain..
lagipun bukan selalu ade kat rumah pun...
hospital tue dah macam rumah ke-2...
pergi seawal2 pagi... balik dalam pukul 10 malam..
pastu terus tidur..
ish2
rumah ni dekat jer ngan hospital...
tapi kena drive jugak... =)
rumah ni dekat ngan bandar seremban, JJ seremban 2, TESCO...
semuannya dekat..
seremban ni rasanya xde la apa sangat...
paling best pun JJ jer...
sedih jugak la...
walaupun tengah menaip di dalam JJ jugak..

nasib baik ade bowling & cinema...
boleh jugak melepaskan tekanan2 yang x sepatutnya ditempat yg betul...

terasa nak berjalan2 & bermandi-manda di PD...
entah bila la ade masa nak pergi..walaupun macam dekat jer...



-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Jul 14, 2010

Minggu ke-3 di O&G

Salam...

kebosanan sorang2...
rakan2 rumah lain balik lambat...
dan aku sorang jer habis pukul 5...
seperti biasa balik rumah...tak tahu nak buat apa..
main game...

makan sorang2... pergi jalan sorang..
last week, on call first time... nasib baik xde apa2 kejadian yg x diigini berlaku...
ramainya patient tak ingat..
kalau orang mengandung ni bukannya kira waktu nak bersalin...
tengah2 malam, pagi2...
ketidaktiduran ku di situ menjaga ibu2 & bakal2 bayi supaya selamat dilahirkan dan hidup di dunia bergelar bumi...
makin hari, makin banyak benda yang belajar...
semakin competent juga..
Alhamdulillah..
syukur...
tapi masih banyak yang perlu di pelajari...

Hari ini...
ada lagi housement2 baru yang masuk..
sekarang dah bergelar senior la jugak..
kita pula yang mengajar mereka seperti senior2 housement yg mengajar kita masa mula2 masuk

Minggu ni, oncall weekend lagi.. hahaha..
lesap lagi hujung minggu ku...
wahahaha...


-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Jul 2, 2010

latest update

salam

Syukur ke hadrat Illahi...
dapat juga mencuri masa yang sikit dalam kesibukan tugas dan tanggungjawab yang baru...
untuk menulis di blog ini
lama rasanya tak mengupdate blog ini
bukannya, tak nak update... tapi kesibukan yang melanda
pergi kerja pagi balik kerja pagi balik... menyebabkan masa yang sedikit itu digunakan sepenuhnya untuk berehat....
balik kerja dah penat pastu tidur...
itu la rutin dan kebiasaan sekarang
matahari pun sudah jarang menjengah
sekarang ini masih lagi tagging dan diangka habis dalam masa beberapa hari lagi
sememangnya, amat penat...tetapi itulah laluan dan jalan hala tuju yang telah dipilih
maka, haruslah mengharunginya...
1st posting for housemanship - OBSTETRIC & GYNAECOLOGY (Masalah2 Perempuan =)
walaupun bukannya posting pilihan...
dan dapat masa lapor diri...
semoga banyaklah org2 bersalin di hosp berkenaan...
walaupun memang banyak
kena buat atleast 20 deliveries, 10 Episiotomy & 10 amniotomy within 10 days tagging




-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Jun 19, 2010

Selamat Berkhidmat!!!

Salam semua,

dah lama rasanya tidak mengupdate blog ini...
selesai sudah kursus induksi modul umum dan khusus untuk pengawai perubatan gred UD41 di Hotel Impian, Morib...
Ada la juga penat, suka dan dukanya...
penat sebab mendengar ceramah berjam2... zzzzzzzzzzzz
pengalaman manisnya pula, dapat berjumpa kembali rakan satu batch ramai2 kerana selepas ni masing-masing akan berkhidmat di hospital pilihan masing-masing diseluruh Malaysia.
Suka juga sebab dapat makan 6 kali sehari, makanan yang sedap...hotel yang selesa...
sedih & dukanya sebab akan berpisah dengan rakan2 lain...

Mulai isnin ini akan mendaftar di Hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri yang telah diteapkan...
bermulanya satu fasa kehidupan baru iaitu alam pekerjaan selama 2 tahun yang pastinya penuh dengan onak duri dan cubaan...
Tak tahu nak kata apa...
just go with the flow
Buat rakan-rakan yang akan sama-sama berkhidmat..
Marilah kita menjadi Doktor yang Selamat, Kompetent yang Beretika & Professional
Penyayang - Professional - Sedia Membantu

itulah moto baru setelah memasuki alam di bawah Kementerian Kesihatan.

Buat Rakan-rakan yang kan berkhidmat di hospital yang sama...
Marilah kita saling membantu & bekerjasama dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam & semangat



-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

May 16, 2010

Selamat Hari Guru Semua!!

Happy Teacher Day!!!


selamat hari guru




The mediocre teacher tells.  The good teacher explains.  The superior teacher demonstrates.  The great teacher inspires. 


Jutaan Terima Kasih dan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yang telah bersusah payah, mengajar dan mendidik saya sehingga saya sampai ke tahap ini 
Terima kasih atas segalanya
Segala jasamua akan kukenang


sekolah rendah; SKTM
Sekolah menengah rendah; SAMTTAJ Shah Alam
Sekolah Menengah atas; SAMBEST
Pensyarah-pensyarah Kolej Matrikulasi Melaka
pensyarah-pensyarah di Fakulti Perubatan UKM


tak lupa juga kepada rakan-rakan yang kini sudah bergelar guru;
Remy, Fizi Upsi, Abdul Basiqt, Syafrul Nizam, Mieza KMM, Rijaluddin, Akmal Aidi, Jamal Hafiz, Asniati Sabil, Khamsiah, Sakinah, dan sesiapa lagi yang tak ingat
juga buat yang bakal bergelar guru; sepupuku (syarizah), Kasih
juga buat semua insan yang bergelar pendidik


Tak sangka ramai kawan2 yang bergelar guru
nak jadi guru tak berapa pandai, apatah lagi mengajar...
teringat sambutan masa di sekolah, semuanya nak yang besar-besar,
kad besar, kek besar..
hahaha


happy teacher day







Thank You, Teacher

Thank you,
For teaching me to be
A stronger, smarter person,

Thank you,
For acting like a friend,
And taking time to show me,
Lessons hard to comprehend.

Thank you for your caring
And lots of other stuff;
For all the things you gave me,
I can’t thank you enough.


-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

May 11, 2010

Kegeraman dan kekechewaan..


Memang terasa hangat dan panas jer malam ni
satu keluarga tgk tv piala thomas
tak tahu nak kata apa la


Ye...
saya sangat kecewa dan geram dengan pasukan piala thomas Malaysia
sebagai rakyat malaysia, tentunya mengharapkan kemenangan dari pasukan Malaysia,
permulaan yang baik dari Dato' Lee Chong Wei & beregeu pertama negara...
permainan yang menarik untuk ditonton..
tahniah!!
tetapi menghampkan dan mengecewakan dari game M'sia yg ke-3 sampai hafiz hashim
sgt2 kecewa dengan prestasi dan cara permainan mereka...
bayangkanlah pemain ke 214 mengalahkan pemain ke-22
asyik buat kesilapan out jer
arghhh!!!
sebagai seorang yang meminati sukan badminton ni..
sgt2 kecewa
Rakyat Msia juga tidak kurang kecewanya

ini baru peringkat kumpulan..
belum lagi peringkat suku akhir dan main dengan team handalan Indonesia & China..
walaupun mengharapkan kemenangan tapi dengan ini prestasinya...
macam2 alasan boleh diberikan..
memang betul2 mereka dah cuba sebaik mungkin..mybe..
tapi dr penilaian aku, memang x puas hati btol la.. asyik2 out jer..
itu hanya pendapat aku...
walaupun x pandai mana pun
nak mengulas..
tapi..
aku rasa team m'sia kena membuat sesuatu .. tak tau la mcm mn.. tukar strategi atau apa-apapun la...
apa2 pun teruskan usaha ye!!!
usaha keras!!!
dan kami mendoakan kejayaan Malaysia walaupun harapan untuk memenanginya nampak tak yakin dan tipis


dalam suku akhir ni,
MALAYSIA VS DENMARK
masih ada harapan untuk malaysia masuk semi-final
nasib baik bukan dengan china


untuk piala uber plak
MALAYSIA VS INDONESIA


-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

May 8, 2010

Oh Kad Jemputan


First of all, nak ucap tahniah & Selamat Pengantin baru buat rakan-rakan kukenali yang selamat melangsungkan hari bahagia diaorg dengan pasangan masing2.
Melambak2 banyak jugak kad jemputan yang datang ke rumah, Terima kasih semua atas undangan walimatul urus itu. Tapi nak minta maaf banyak2 kerana tak dapat hadir atas sebab2 tertentu.

Zaman moden ni, tak best sangat.. sebab invitation banyak jugak melalui facebook jer…tak kisah la mcm mana pun, janji ingat untuk invite kita kat majlis bahagia diaorg
cehh..jimat2 betul
ye la.. kahwin ni memerlukan belanja yang besar… dengan wang hantarannya, kenduri kendaranya dan mcm2 lagi… Rasanya diri sendiri ni pun dah kena beringat untuk kumpul duit sikit2…

Syukur anda telah bertemu jodoh dengan orang yang akan berkongsi segala rasa, kasih, sayang, hidup semati dengan anda sehingga akhir hayat hendaknya. Diharapkan semuanya akan berbahagia selalu dengan suami/isteri yang dicintai. Tahniah  dan tahniah buat kawan2 sekolah lama.

Tak lupa jugak buat kawan2 yang bakal melangsungkan hari perkahwinan mereka terutama buat kawan satu batch, AZUWA & SHUK, PAK DIN & AINIZA, etc…  pada akhir Mei & awal June nanti…
Semoga segala urusan dan persiapan dipermudahkan dan berjalan lancar hendaknya.
Kalau takde aral melintang akan selamat juga hadir ke majlis korang.

Anda juga yang dah selamat bertunang. Dan akan bertunang, “Selamat Bertunang”
Bulan 7 dan bulan 8 pun dah ada jemputan…Wah, akan berusaha untuk menghadirkan diri ke majlis anda. Lagi2 kawan2 baik aku tue… hmmm sedihnya, semua dah sampai seru mereka untuk mendirikan masjid.



-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

May 7, 2010

HaPPY Birthday adikkku



Hari ni birthday adik aku...
so, entry hari ni special for her birthday
HAPPY BIRTHDAY MY SIS !!!


all the best in ur becoming exam
do ur best
jiayou!!!





-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

May 6, 2010

Dapat hadiah lagi!! yahoo!!!

Salam semua..

Selamat hari pekerja..
walaupun x bekerja lagi..tapi tak lama lagi nak keje..
excited pun ada...takut pun ada...
macam2 la perasaan di hati ni...
Musim cuti la nak buat perkara pelik2...

ok kali ni aku menang JUVANEX


 hehehe..
dan nilainya RM160
sape tak seronok kalau menang kan?
walaupun bendanya mcam tak best jer


apa tu JUVANEX?
Juvanex™ 7-Day Program is specially formulated to eliminate toxins from your body while providing support for healthy digestive and liver functions.
Juvanex™ reduces your toxic load and leaves you refreshed, rejuvenated and re-energized in just 7 days! With Juvanex™ 7-Day Program, you can look forward to:


  • Increased energy and vitality
  • Regular bowel movement
  • Better digestion and elimination
  • Better immunity
  • Better sleep
  • Improved skin tone and radiance
  • Improved sense of well-being and a clearer mind

hahaha janji dapat free...
boleh jugak mendetoksifikasikan badanku ini semasa cuti yang sedia maklum bertambah berkilo2


ada dapat 2 lagi hadiah... satu baucer makan2 dan satu lagi barangan
wah, tak sabarnya nak tunggu benda tu sampai kat rumah...
yahoo!!!


TERIMA KASIH MAJALAH MASKULIN
kerana memilihku sebagai pemenang


-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

SMS penipu

Akhir-akhir ini banyak pulak sms penipu yang aku dapat...
pasal menang wang itu dan ini...
macam-macam dunia ni sekarang...
tapi aku susah nak percaya perkara-perkara macam tue...

antara sms yang aku terima:
"From POWER ROOT SDN BHD. Tahniah! simcard Anda telah Berjaya Cabutan BERTUAH' RM:17 ribu. Sila Hub Office Di Talian: 017-834-2748. Thank's"

Ahakks...
Kelakar la plak aku baca SMS macam tue...
ayatnya memang la snagt diragui..
dan tak pernah pulak aku hantar no telefon or sim tu kat mana pertandingan...
pandai-pandia jer tiba dapat hadiah...
hahaha
penipu2...
macam-macam kaedah yang digunakan sekarang ni
yang pastinya aku susah nak percaya dengan benda2 macam tue
oleh itu, berhati-hati la ye kawan2 semua


-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Apr 28, 2010

Thank You Nuffnang, Thank You Gatsby

Salam semua

Apa khabar?
Lama sungguh tak menjengah ke blog ini untuk mencoretkan sesuatu..
Kali ni nak bercerita tentang "The Largest Blogger Gathering"
yang juga "Gatsby Deodorant Street Fair"

Event ini berlangsung pd 17 April 2010  yang lalu...
terima kasih kat nuffang atas jemputan tue...
Walaupun sebenarnya dah basi tentang perkara...
tapi tetap nak bercerita tentang event ini jugak...

Event tue start pada pukul 10.00 pagi...
and mula2 sekali registration...
lepas ada gambar beramai-ramai untuk Malaysia Book Record for the largest blogger gathering
then..
macam 2 jenis games ada...
really happening & fun..
and  kami dikehendaki untuk mengumpulkan token kemenangan bagi setiap games tu untuk di tukarkan dengan barangan2 GATSBY...
setiap kali main dan menang akan dihadiahkan dengan 2 point..

Aku punya la bersemangat nak mengumpulkan point tu semua...
rasa2nya dalam 300 point jugak aku berjaya kumpul
seronok2
memang main habis habisan untuk menghumpulkan point tu..
antara permainan yang aku suka sgt untuk kumpul mata ialah bowling kelapa, baling tin, football crazy, baling dart dan permainan komputer...
sebabnya pasti aku akan dapat point punya kalau main benda tue...berbanding games yg lain
hehehe

yang paling sengsaranya bila nail bull yang berpusing2 tue..
wah...sampai kejang kaki ku untuk mengelakkan diri dari tercampak jatuh...
Inilah antara barangan GATSBY yang berjaya ku redeem dengan kupon 300 point itu...
berbaloi-baloi...
dan semuanya adalah percuma...
hohoho
kukira2 adalah lebih RM 150 kot semua brg tu...
dari gel rambut, wax , pencuci muka, semuanya lengkap..
hahaha
dah mcm duta GATSBY plak rasanya

yang b estnya jugak...setiap blogger dapat sepasang baju ini...
hehehe
=)

tapi malang nasib ku tak dapat cabutan2 bertuah yang gempak2... laptop, wii and etc...
wah...

apa2pun memang enjoy la..
Terima Kasih Nuffnang
ohh yea...
SEtiap blogger yang datang juga dimasukkan RM50 secara percuma ke dalam akaun masing2
dan aku dah dapat pun duit tue..

Lain kali buat lagi...sangat BEST!!!!


Tak lupa jugak kat Gatsby..
lepas ni boleh la bergaya sakan dgn GATSBY...

untuk maklumat lanjut mengenai event ni:
http://mfkcapture.blogspot.com/2010/03/im-going-to-gatsby-deodorant-street.html
-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-
Blog Widget by LinkWithin