.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Jul 25, 2009

Surgery posting review

Salam,

sedar tak sedar , masa berlalu dgn pantas,
satu posting 7 minggu ni sudah habis...
dan sedar tak sedar juga,
berakhirnya satu posting membawa berita baik & berita kurang baik dgn kata lain petanda...

berita baiknya: boleh menarik nafas lega telah mengharungi satu posting ini dgn jayanya...

petanda kurang baik: habis satu posting bermakna peperiksaan akhir semakin dgn, dan rasa mcm tak cukup ilmu utk menempuh peperiksaan itu makin terasa... dub..dab.. dab...

Secara keseluruhnya... saya amat suka dgn posting surggery & merupakan salah satu posting pilihanku... walaupun kadang2 bengong jugak krn tak dpt nak jawab soalan bertaraf master student. puas hati kerana dapat byk buat prosedur, terutamanya per rectal examination. Itulah kelebihannya di bawah team colorectal ni.... hihihi...mana tidaknya, hampir setiap pesakit yang datang ke klinik colorectal ada masalah hemorrhoid atau colorectal cancer.

pada minggu 1 yg penuh dgn kuliah2 dan skill teaching sebagai minggu persediaan posting surgery.


Selama 3 minggu di Hospital Teluk Intan di wad surgeri, menjalani pengajaran dari doktor2 yg baik & sempoi. Terima Kasih kepada semua kakitangan jabatan surgeri yg mengajar kami. Seronok dapat buat prosedur2 & tgk pembedahan2 semua. Sedikit perhargaan dari kump kami utk anda semua dgn jamuan ringkas sebelum pulang ke PPUKM.

Selama di Teluk Intan tu jgk, sempat ke Air terjun Lata Kinjang. Seronok sangat....

Rasanya macam tak puas utk posting surgery ni, terasa juga masih tidak mendalami ilmu surgery ini secukupnya.. aish...

Itulah serba sedikit pengalaman2 semasa posting surgery ni,
Minggu depan akan bermula posting Paediatrik pula,
dr pengalamn kawan2 sebelum ni, Posting paed ni la posting yg penuh dgn cabaran & dugaan...
dan akan ke Hospital Slim pula pada minggu ke-3 & ke-4...
Ya Allah,
Kuatkanlah semangat hambamu ini untuk menempuh dugaan mendatang...
permudahkanlah urusan kami...
Semoga dpt menjalani posting Paed tgh tabah & bersemangat...
d( >_<)b



-assalamualaikum-
-Sekadar itu sahaja tinta buat kali ini-
- please leave some comments-
- terima kasih-

1 comments:

Sis-Lin said...

adeiii itu belom bedah siasat betul2 tu...ayooo

Blog Widget by LinkWithin