.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Jul 17, 2009

me & public transport


salam semua,

maaf yer kawan2 pembaca blog semua,
rasanya, sudah berhabuk dan bersawang blog nie,
lagi2 setelah berada di hosp teluk intan,
terasa berbeza kesibukan di tahun akhir ni berbanding dengan tahun 3 suatu ketika dulu...
esok kena balik rumah,
ade kecemasan & urusan yg perlu diselesaikan...
tak dapet la den nak tgk citer harry potter minggu nih...
hancur semua plan den.. aish

bercakap pasal balik rumah ni,
mesti la kena menggunakan pengangkutan awam,
al-maklum la, org yg tak berkerjaya lagi & x mampu nak beli kenderaan roda 4...
alih2 baca paper (~online jer pun),
tambang pengangkutan awam naik!!!!
naik lagi!!!
kerajaan, kasihanilah kami yg tak berkenderaan ini..
sebagai rakyat, apa yg kita boleh buat,
ikut sahaja la... di sebalik 11 perkara yg baru diperkenalkan itu,
tak boleh nak kata lebih2, nanti tak pasal2 kena tutup plak blog ini...

tetapi pada pendapat aku sebagai pengguna setia pengangkutan awam ni,
penggunaan pengangkutan awam patut di galakkan oleh pihak berkenaan bagi mengurangkn kesesakan lalu lintas yg tahap dewa di KL ni, di samping byk lagi faktor 2 lain.
seharusnya fasiliti , mutu dan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di malaysia patut di naik tarafkan dan dipertingkatkan...

sekadar ~~ meluahkan pendapat sahaja~~
ampun pak.. ampun..

Tambang pengangkutan awam naik

KUALA LUMPUR - Tambang semua jenis pengangkutan awam melibatkan perkhidmatan bas ekspres, bas henti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa dinaikkan antara 30 dan 50 peratus berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Kenaikan itu bermakna semua pengguna akan dikenakan kadar tambang baru dari 2 sen sehingga RM7 mengikut kelas pengangkutan dan jarak yang ditetapkan bagi Semenanjung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kadar tambang pengangkutan awam disemak semula memandangkan kadar sekarang diguna pakai sejak Mei 2005.

"Penentuan kadar tambang tersebut telah mengambil kira inisiatif dan subsidi yang diberikan kerajaan untuk membantu sektor pengangkutan awam.

"Pada masa yang sama pertimbangan juga dibuat untuk mengimbangi kepentingan pengusaha dan pengguna agar kenaikan tidak membebankan," katanya pada sidang akhbar di sini selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan Fasa 3 kepada 831 penerima di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam.


nota kaki: terpaksa berjimat utk tidak berjalan2 menggunakan pengangkutan awam seperti selalu

-assalamualaikum-

-Sekadar itu sahaja tinta buat kali ini-
- please leave some comments-
- terima kasih-

2 comments:

Anonymous said...

wah~
chantek layout br neh~

i loikkee~

mfk said...

ye ke nadem...
tq2...
just try2 jer...
=)

Blog Widget by LinkWithin