.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Jul 20, 2009

Bila NC berfacebook



Salam semua,

apa macam layout baru kat blog nie?
ok ke tak?
saja try2 yang baru pulak,
di kala nak menyiapkan case write up untuk surgery ni,
tak sempat la nak buat entry la panjang lebar...

Dalam zaman kecangihan teknologi dan maklumat ni,
pelbagai cara di gunakan utk merapatkan hubungan sesama insan,
dan salah satu rangkaian sosial yang cukup popular & hangat mcm pisang panas kini ialah FACEBOOK , berbanding friendster atau network yg lain.

Sehingga, NC, TNC terutamanya TNC hal ehwal pelajar disarankan untuk menggunakan laman web sosial ini untuk berinteraksi sesama pelajar.
Bernas juga cadangan itu..
lagi2 sekarang ni perkhidmatan internet boleh didapati di mana2 jer...
tapi di sebalik agenda itu, ada tak keburukannya?
entah la...
asalkn digunakan untuk kebaikan dan permaslahan bersama..

dari web kosmo:

Semua NC disaran guna Facebook


KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan laman web sosial,Facebook bagi memudahkan mahasiswa berinteraksi dengan mereka.

Cadangan tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang berpandangan sudah sampai masanya NC dan TNC berbuat demikian.

Katanya, NC dan TNC terutama TNC Hal Ehwal Pelajar perlu berbuat demikian bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi lebih mudah tanpa perlu mengikut waktu-waktu tertentu.

"Dengan itu, ia akan memberi peluang kepada setiap mahasiswa berinteraksi dengan pimpinan universiti. Lazimnya yang lebih mudah berjumpa dengan pemimpin universiti ialah pemimpin mahasiswa sahaja," katanya.

itu jer =)

- please leave some comments-

- terima kasih-

2 comments:

iEn said...

yo yo yo lama xdengar berita ya.. mmg facebook amat popular skrg.. tak kira semua golongan..

p/s: tapi aku masih xreti menggunakannya huhuhu.. pening palo lah

Edwin T said...

kalau NC ber-facebook.. rasa pelik pulak sebab ada Tan Sri, Datuk dalam friend list. haha~

Blog Widget by LinkWithin