.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

May 19, 2009

Ikan Keli berperisa

Salam alayk

Sekarang ni hangat mengenai berita mengenai wabak H1N1 atau "selsema babi' (tetapi MOH menggunakan nama H1N1 utk penyeragaman) yg dilaporkan di Malaysia.
wabak H1N1 masih lagi terkawal ni di Malaysia.

Dalam sibuk2 mengenai wabak tue, terselit la khabar mengenai ikan keli berperisa Babi
tetapi masalah ini sebenarnya sudah diketahui lama,
sejak beberapa tahun yang lepas, aku sudah tidak gemar memakan ikan keli dan lebih memilih makan ikan laut =)
tetapi aku tau ramai jer yg peminat ikan keli ni.
zaman kini, untuk memilih makanan yang betul2 selamat samaada bersih dari segi kandungan racun , MSG , barang2 terlarang atau najis2 ni bukan senang, melambak makanan yang kadang2 diragui statusnya...

mengenai berita ikan keli itu, silalah baca:

Keli zat babi haram


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Ikan keli yang diternak di 10 kolam ternakan di Perak yang didakwa menggunakan air sisa kumbahan ladang ternakan babi adalah haram dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.

Menurut penceramah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, ikan keli tersebut secara automatik telah memakan pelbagai sisa najis babi daripada air sisa kumbahan yang disalurkan terus ke kolam ternakan itu.

Katanya, apabila warna, rasa dan rupa air tersebut telah berubah, maka air tersebut sudah menjadi najis Mughallazah iaitu najis paling berat dalam Islam.

"Jika jumlah kolam yang terima air sisa kumbahan dari ladang babi itu banyak, maka ikan yang hidup di dalam kolam dan seterusnya memakan sisa kumbahan itu adalah secara automatik haram dimakan," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang pengusaha ternakan ikan keli di Perak yang didakwa menggunakan air kumbahan dari ladang ternakan babi untuk ternakan ikan itu di 10 buah kolam miliknya.

Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke kolam itu dipercayai mendap ke bawah dan menjadi makanan ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid pula berkata, ikan keli itu akan menjadi haram jika makanan ikan peliharaan itu sejak dari kecil hingga dewasa terdiri daripada sisa kumbahan babi.

"Jika itu keadaannya, ia sudah menjadi darah daging kepada ikan-ikan tersebut dan hal ini diputuskan haram kerana sukar untuk dipisahkan antara najis dan ikan-ikan tersebut," tegas beliau.


p/s: Sekadar menyampai berita & informasi

-assalamualaikum-
-that alls-
- please leave some comments-
- terima kasih, shukran, thank you, xie xie & arigato gozaimasu-

May 18, 2009

dental appointment


salam semua,

seperti biasa, hari isnin menjelma kembali bermakna akan sibuk la dengan kerja2 ssm,
walaupun hakikat sebenarnya tidaklah sesibuk mana...
group aku kena present secara oral utk 1st ssm annual scientific meeting...


mula2 ingat pagi ni mcm nak pergi ward..
nak buat blood taking...
tapi mcm malas la pulak...
mybe bcoz tak lena tidur smlm...
so, pagi ni lepas bersarapan semua..
ade appointment dkt klinik maksilofacial gara2 terlepas appointment yg sepatutnya 2 minggu lepas.
ini kerana SSM punya pasal, terlalu sibuk sehingga terlupa ade appointmt
after daftar tue, tunggu selama 2 jam...
amat la bengang sekali menunggu itu...
terfikir mcm ni la rasanya seorang pesakit menunggu untuk berjumpa dengan seorang doktor,
semasa tgh menunggu2 tu,
ade la seorang patient yg ditolak kerusi rodanya oleh seorang lelaki..
ku amati btl2 mcm kenal lelaki itu,
rupa2 nya Ahmad Idham (pengarah filem tu)
bersama bbrp orang mcm artis2 yg aku x kenal.. nampak jugak adiknya..
rupa2nya lelaki yg dpt treatment tu ayahnya,
dan lelaki itu juga yg menyebabkn aku kena tunggu lama..
aishhh....walaupun aku dtg lebih awal...
(artis ada priority ke sms mendptkn

lepas masuk jumpa doktor tue, di maklumkan bahawa aku kena buat minor surgery pada minggu depan..(a day before our ssm meeting ni)
mmg tak boleh nak dielakkan perkara ni..
alamak..
kesannya, aku akan mengalami kesukaran utk bercakap krn sakit...
arghhhhhhh.....
sori kpd grp ssm aku, nasib baik dah present kat department minggu lps.
so kali ni, aku x kena present..


ok la.. setakat itu shj...

-assalamualaikum-
-that alls-
- please leave some comments-
- terima kasih, shukran, thank you, xie xie & arigato gozaimasu-

May 4, 2009

Di antara Bahaya Lidah


Salam Alayk

rasanya sudah lama tidak mengupdate blog ini...
hendak dikata tak de masa, banyak jer masa terluang dan kebosanan
tetapi faktor "malas" tu yang paling utama...
kali ini ingin berkongsi peringatan mengenai bahaya lidah (atau percakapan) sebagai permulaan untuk memulakan kembali blog yg dah bersawang nie..



DI ANTARA BAHAYA LIDAH

Di antara salah satu ajaran Islam kepada penganutnya dalam menjaga keharmonian hidup bermasyarakat ialah menjaga lidah daripada menyakiti orang lain terutama terhadap saudara sesama Islam. Bahaya lidah yang tidak bertanggungjawab boleh menggugat keharmonian hidup bernegara, bermasyarakat dan berkeluarga. Berapa banyak penganiayaan, kezaliman, keruntuhan rumahtangga dan permusuhan dan akhirnya pembunuhan berlaku hanya disebabkan oleh lidah?

Maka tidak hairanlah, di dalam agama Islam, seorang yang tidak menjaga lidahnya iaitu berkata-kata tanpa memikirkan akibat buruk dari kata-katanya boleh menjerumuskannya masuk ke neraka seperti kata-kata yang membawa kufur. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu bahawasanya dia mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

"Sesungguhnya adakalanya seorang hamba (Allah) yang bercakap satu ucapan yang menyebabkan dia terjerumus ke dalam api neraka yang dalamnya lebih jauh dari jarak di antara timur dan barat."
(Hadits riwayat Muslim)

Manakala di dunia pula hukum syara' telah menetapkan bahawa disebabkan oleh lidah seseorang itu boleh dijatuhi hukuman sebat sebanyak lapan puluh kali akibat kata-kata yang dikeluarkannya seperti menuduh seseorang berzina tanpa membawakan empat orang saksi. Firman Allah Ta'ala dalam surah An-Nur ayat 4 yang tafsirnya: "Dan orang-orang yang melimparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka itu lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka adalah orang-orang fasik."

Oleh kerana itu, syara' menegaskan bahawa berita-berita yang dibawa oleh lidah-lidah yang fasik, hendaklah dipastikan dahulu kesahihan dan kebenarannya, kerana mempercayai berita-berita yang tidak dipastikan kesahihannya itu boleh mengakibatkan kezaliman dan penyesalan.

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6 yang Tafsirnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."


Memang tidak dapat dinafikan bahawa untuk memelihara lidah dari mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah dan yang dilarang oleh syara' adalah suatu perkara yang bukan mudah. Kadang-kadang secara tidak langsung dan tanpa disedari dalam percakapan seharian kita, terkandung kata-kata yang dilarang oleh syara'. Oleh kerana itu sebagai jalan selamat, syara' sejak dari mula lagi menganjurkan kepada kita agar tidak terlalu banyak bercakap kecuali percakapan yang jelas ada manfaatnya. Bahkan apabila berdiam diri itu sama saja manfaatnya dengan manfaat menuturkan percakapan, maka dalam kedudukan begini, adalah disunatkan bagi seseorang itu untuk diam sahaja. Sebab kadang-kadang apabila percakapan yang harus itu tidak dapat dikawal, ia boleh membawa kepada yang haram dan dilarang oleh syara'.

Pada kebiasaannya kata-kata yang haram itu bermula dengan cara yang sedemikian. Maka justeru itu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhialallahu 'anhu yang maksudnya: "Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia (bila berkata-kata) berkata yang baik atau diam sahaja."
(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

Ajaran Islam menghendaki hubungan sesama manusia terutama saudara Islam itu terselamat daripada segala penganiyaan sama ada berbentuk perbuatan atau perkataan. Orang Islam yang lebih utama ialah mereka yang memegang prinsip sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Musa Al-Asy'ari Radhiallahu 'anhu berkata yang maksudnya:

"Wahai Rasulullah! Orang muslimin yang bagaimanakah yang paling afdhal (utama)?" Nabi bersabda: "Orang yang orang-orang Islam yang lain selamat dari lidah dan tangannya."
(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadits lain pula diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
"Daripada keelokan Islam seseorang itu ialah meninggalkan apa saja yang tidak berguna."
(Hadits riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)

p/s ringkas : Marilah sama2 kiat menjaga tata susila dan segala pertuturan kita agar tidak menyakiti orang lain
macam dalam entry sebelum ini...
setiap pertuturan adalah doa~

-assalamualaikum-
-that alls-
- please leave some comments-
- terima kasih, shukran, thank you, xie xie & arigato gozaimasu-
Blog Widget by LinkWithin