.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Mar 11, 2010

Hari Buah Pinggang Sedunia (World Kidney Day) - 11 Mac




Hari ini 11 Mac 2010
ialah HARI BUAH-PINGGANG SEDUNIA 
WORLD KIDNEY DAY....

The 2010 campaign will focus on Diabetes, the leading cause of Chronic Kidney Disease. World Kidney Day (WKD) is a global health awareness campaign focusing on the importance of our kidneys and reducing the frequency and impact of kidney disease and its associated health problems worldwide.
Every year in March, on World Kidney Day, the whole world join forces to encourage early diagnosis of kidney diseases. Check out what the life of a patient is, under dialysis, and how a simple blood test can save countless lives! 




Korang semua tahu tak apa fungsi buah pinggang kita?

DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang’ Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.

kalau nak tahu lebih lanjut mengenai buah pinggang, tekan sini





Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit. Antaranya ialah - :
1. Keturunan - batu karang
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat atau beberapa sebab yang tidak diketahui.
6. Usia yang meningkat
Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak sama ada orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak hidup seseorang.

Kalau kita tak jaga buah pinggang ni,
macam-macam boleh terjadi...
dan Kalau buah pinggang tu dah rosak...
macam2 komplikasi yang lain pulak akan datang...
Jika buah pinggang rosak teruk dan tidak boleh berfungsi walaupun mengikuti diet khusus, dialisis diperlukan, sama ada terus-menerus atau sehingga penderma buah pinggang ditemui.

kata2 akhir dan ringkas dari-ku:
Anda mesti tahu & ambil tahu mengenai buah pinggang anda...
sekurang-kurangnya ada pengetahuan mengenainya...
Buah pinggang sangat penting ok!!!
can't live without them....

video menarik tentang buah pinggang (kidney):







-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin