.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Apr 28, 2010

Thank You Nuffnang, Thank You Gatsby

Salam semua

Apa khabar?
Lama sungguh tak menjengah ke blog ini untuk mencoretkan sesuatu..
Kali ni nak bercerita tentang "The Largest Blogger Gathering"
yang juga "Gatsby Deodorant Street Fair"

Event ini berlangsung pd 17 April 2010  yang lalu...
terima kasih kat nuffang atas jemputan tue...
Walaupun sebenarnya dah basi tentang perkara...
tapi tetap nak bercerita tentang event ini jugak...

Event tue start pada pukul 10.00 pagi...
and mula2 sekali registration...
lepas ada gambar beramai-ramai untuk Malaysia Book Record for the largest blogger gathering
then..
macam 2 jenis games ada...
really happening & fun..
and  kami dikehendaki untuk mengumpulkan token kemenangan bagi setiap games tu untuk di tukarkan dengan barangan2 GATSBY...
setiap kali main dan menang akan dihadiahkan dengan 2 point..

Aku punya la bersemangat nak mengumpulkan point tu semua...
rasa2nya dalam 300 point jugak aku berjaya kumpul
seronok2
memang main habis habisan untuk menghumpulkan point tu..
antara permainan yang aku suka sgt untuk kumpul mata ialah bowling kelapa, baling tin, football crazy, baling dart dan permainan komputer...
sebabnya pasti aku akan dapat point punya kalau main benda tue...berbanding games yg lain
hehehe

yang paling sengsaranya bila nail bull yang berpusing2 tue..
wah...sampai kejang kaki ku untuk mengelakkan diri dari tercampak jatuh...
Inilah antara barangan GATSBY yang berjaya ku redeem dengan kupon 300 point itu...
berbaloi-baloi...
dan semuanya adalah percuma...
hohoho
kukira2 adalah lebih RM 150 kot semua brg tu...
dari gel rambut, wax , pencuci muka, semuanya lengkap..
hahaha
dah mcm duta GATSBY plak rasanya

yang b estnya jugak...setiap blogger dapat sepasang baju ini...
hehehe
=)

tapi malang nasib ku tak dapat cabutan2 bertuah yang gempak2... laptop, wii and etc...
wah...

apa2pun memang enjoy la..
Terima Kasih Nuffnang
ohh yea...
SEtiap blogger yang datang juga dimasukkan RM50 secara percuma ke dalam akaun masing2
dan aku dah dapat pun duit tue..

Lain kali buat lagi...sangat BEST!!!!


Tak lupa jugak kat Gatsby..
lepas ni boleh la bergaya sakan dgn GATSBY...

untuk maklumat lanjut mengenai event ni:
http://mfkcapture.blogspot.com/2010/03/im-going-to-gatsby-deodorant-street.html
-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Apr 12, 2010

So"SiaL" Problem

Mayat bayi dalam timbunan sampah
 
KUALA LUMPUR - Lagi kes pembuangan bayi. Terbaru, satu mayat bayi lelaki ditemui dalam timbunan sampah-sarap di tempat pembuangan sampah di Sungai Choh, Rawang di sini semalam.
Mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu dijumpai pada pukul 8 pagi oleh seorang pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MHDS) ketika dia menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut
Salam Semua,
Tak habis2 dengan kes pembuangan bayi.
Ada sahaja kes yang dilaporkan.
yang tragisnya, ada yang dijumpai terbakar dalam tong sampah la, dijumpai dan dimakan binatang, di buang di tandas, dan macam-macam lagi keadaannya sampai tak sanggup nak lihat....
Alahai...
kesian sungguh...
bayi yang comel lote yang baru dilahirkan dan baru hendak mengenal erti kehidupan dan menghirup udara di sebuah tempat bergelar bumi ini...
betapa tidak berperi kemanusian dan tidak menggunakan akal fikiran sehingga sanggup melakukan perkara-perkara sebegitu..

Dan naik muak pun ada, sama macam program realiti TV ni... program itu la, ini la...sampai naik bosan...
Mengenai kes pembuangan bayi ini,
mencerminkan betapa seriusnya masalah so"SIAL" di negara ini...
Bayi malang hasil dari perbuatan "IBU BAPA" yang tidak bertanggungjawab itu...
boleh juga digelar "unwanted and unplanned"
Kalau dah taknak pun bayi yang tidak berdosa, boleh la bagi ke pusat-pusat yang berkaitan dalam keadaan yang sempurna dan bernyawa. Betapa ramai juga pasangan-pasangan diluar sana yang hendak mempunyai cahaya mata sendiri tetapi tidak dapat atas sebab-sebab apapun.
memang emosional pasal perkara-perkara macam ni...

untuk bacaan lain mengenai perkara ni;
sila klik: http://drhar.blogspot.com/2010/02/kenyataan-media-jim-mengenai-pembuangan.html

Apr 11, 2010

Pengalaman kehidupan Part 1

Salam semua,
Bertemu kembali dalam rancangan faiz...
hehehe...
berangan jer lebih...
Mencuri kesempatan untuk mengupdate blogku ini...
Semangat berblogging masih tegar dalam diri ini...
Apa cerita terbaru setelah officialnya menjadi pengganggur ini..
hahaha...
atau nama lain "penunggu tegar rumah" sbb semua org lain tiada dirumah samaada keje ataupun sekolah...
Makan, tidor, tv, laptop, psp, ps...
ku sudah naik bosan dengan semua itu....
hari-hari macam benda yang sama jer buat
tolong2x...

Yang terbaru dariku,
Menemani datukku di wad di Hosp Teluk Intan,
Dia kena buat pembedahan minor...
berkampung la selama 4 hari 4 malam di wad surgeri...
sampai sakit2 belakang sebab kena tidur dalam wad..
satu pengalaman yang berharga kurasakan sebelum mendapat surat tawaran untuk housementship
iaitu merasai pengalaman bersama pesakit..
walaupun bukannya sebagai pesakit...= )
Pengalaman banyak mengajar seseorang tentang kehidupan..
dapat jugak kulihat bagaimana & pelbagai tingkah laku housement...
pelbagai approach & pelbagai gaya...
ada yang bagus untuk diikuti...
ada jugak yang tak berapa bagus dan membuat aku berfikir...
harap2 aku tak jadi la mcm tu..
for eg: boleh dia main sergah jer, without take any permission or consent dulu..tak bagitau apa nak buat,
aku sebagai penjaga, pun rasa macam ada yang tak kena jer...
mula-mula tu mrk tak tau yang aku ni pun sealiran dgn mereka,
aku buat tak tahu jer, dan hanya melihat...
tapi lepas beberapa ketika, aku harus juga bertanya dan memperkenalkn diri ini...
dan hanya selepas itu barulah lain sikit dia punya attitude...


"Pesakit bukannya patung yang tidak mempunyai hati & perasaan"
Sedikit sebanyak, aku belajar mcm mn prosedur nak uruskan dari awal nak admit ke wad sampai ke pembayaran bil pembedahan...
penting jugak benda2 mcm ni...
supaya kita boleh tahu apa yang perlu dialami oleh pesakit itu sendiri...
Kemudian, kena tunggu sebelum nak masuk ke klinik tu dalam tempoh yang sangat "lama"
memang sangat lama, semata-mata nak tunggu berjumpa doktor
itu belum lagi, tempoh menunggu nak ambik ubat...
sejam lebih semata-mata nak ambik 3 jenis ubat...
mungkinkah inilah faktor2 yang menyebabkab pesakit tak datang temu janji?
sebab semasa tengah tunggu giliran tu pun, terdengar la perbualan makcik & pakcik ni...
"Sungguh, kalau macam ni malas aku dah nak datang ke hospital..lama betul nak kena tunggu...baik aku pergi private jer"
lebih kurang begitulah setelah diolah ayatnya...

Sekarang ni kena uruskan pulak pasal lapor diri tamat belajar dalam masa 30 hari...
dan tak berapa tahu sangat apa yang kena buat..
bermain-main soalan di ruang legar benak pemikiran ini..
dah siap ke Transkrip tu? dah boleh ambik ke?
memang kena hantar kat putrajaya la semua benda tu?
ada sesiapa yang tau?


-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Apr 2, 2010

Sayonara UKM, KTDI, Kawan2...

Kini tiba masanya,
Malam ni...
akan meninggalkan bilik ku yg hijau ini....
di KTDI....
sedihnya....
Kehidupan sebagai seorang pelajar UKM Fakulti perubatan ni...
takkan dapat dilupakan...
Kenangan & segala memori yang ada...
akan terus dikenang...
TERIMA KASIH kepada semua rakan2,
satu study group; Dr. Farizal, Dr. Hazim, Dr joean, Dr Mimi, Dr Erida & Dr Ainiza
tak lupa juga buat housemateku...
Dr Faiz, Dr Kasyful, Dr Helmi (aku doakan kau berjaya Helmi)
dan semua la kawan2 ku di UKM..

Mungkin ini antara entry yang terakhir...
sebelum akan aktif semula dalam beberapa bulan...itu pun kalau dapat,
ye la... kawasan rumah, limitited internet connectivity
dah tak dapat nak update apa2...
tak dapat nak bukak Facebook lagi..
waaaaa...
Sayonara kawan2..
Sayonara UKM


tak tahu la nanti housement dapat kat mana...
doa2 semoga dapat kat tempat yang aku minta tue...
wah dah nak keja...
tapi sebelum tu, kita berehat2 dulu...
dan pastinya akan kebosanan...

-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Apr 1, 2010

Alhamdulillah...Akhirnya




Alhamdulillah...
syukur sgt2...
hari ni result exam professional 2 minggu lepas diumumkan...
nama2 seorang demi seorang disebut dan dipanggil..
berdebar-debar betul..
lagi2 kalau nombor matrik belakang2 tu...
Syukur sangat2 namaku di panggil...
syukur Ya Allah...
Tapi sedih juga...
ada kawan-kawan2 yang tak lepas exam sekali...
lagi-lagi kawan tu rapat dengan kita...
so, gembira dan sedih dalam masa yg sama...
Buat rakan-rakan yg tidak lepas utk exam kali ini,
Jangan putus asa....
Mungkin anda semua akan jadi lebih baik dari kami semua ini...
Ya Allah, Kuatkanlah Hati-hati mereka dan berikanlah kekuatan untuk menghadapinya

Dr Faiz,
Anda akan memikul tanggungjawab yang lebih besar selepas ini...
bersiap-sedialah dengan semua itu...
kerana itulah jalan yang telah anda pilih...
Tahniah juga buat kawan2 yang lain~~






-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-
Blog Widget by LinkWithin