.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Jul 12, 2008

SePi?


Entry ini tiada kaitan dengan filem sepi atau ape2 yg berkaitan,

Cuma kadang - kala diri ini terasa sepi,

Tetapi,
kadang – kadang,
sukar kita akui,
sebenarnya kita sendiri,
walaupun ramai orang disekeliling,

kadang – kadang,
tanpa kita sedari,
rupanya kita berteman,
sedang diri berasa sendirian.

Tetapi tetap dalam hati ini,
Ku yakini,
Dia yang Maha Pengasih sentiasa menemani,
Juga Kawan – kawan yang memahami,
tetap mengingati diri ini.
Keluarga yang banyak memberi sokongan. cuma kita je yang x sedar...


Pernah tak rasa macam tu?
Rasa macam tiada siapa yang memahami kita,
Tiada siapa yang memperduli kita,
Tiada yang sudi menjadi tempat mengadu

Aku nak minta maaf kepada teman-teman semua,
Aku tidak pandai untuk memenangi hati dan membuat kan kamu semua senang hati dgn diri ini, aku juga tidak pandai untuk berkata –kata. Juga tidak pandai untuk berkarya. tetapi aku akan berusaha untuk terus untuk mencapainya.

Kadang - kadang,
kita perlu masa untuk bersendiri, dan tak nak diganggu supaya kita boleh mengambil nafas...
untuk kembali berfikir mengenai diri kita, mcm buat evaluasi...


tetapi bergantung kpd diri individu...setiap dari kita mempunyai pendapat & pandangan masing2.. tidak semestinya salah dan tidak semestinya betul

Kadang –kadang pulak, kita ingat kita berseorangan, tapi rupa-rupanya ada juga seseorang yang sentiasa bersedia, nak mengadu masalah or isi hati... tapi bukan kerana dasar simpati.. tetapi atas dasar teman sejati…semua boleh…saling mengerti… terima kasih sahabat ku… bertuahnya sebab masih ade yang sayang dan kisah kat aku..
Walaupun kau jauh dari pandangan…
Hidup ini perlu juga ku harungi walaupun terpaksa meredah dunia yang sepi ini...


aku harus melawan kesepian ini...



2 comments:

mYshah said...

iya2, hargailah kawan2 disekeliling kita~

nway.. kadang2 kita rase macam kita diabaikan oleh rakan2...

tapi think back, mayb kita yg abaikan rakan2 kita...

mYshah

mYshah said...

iya2, hargailah kawan2 disekeliling kita~

nway.. kadang2 kita rase macam kita diabaikan oleh rakan2...

tapi think back, mayb kita yg abaikan rakan2 kita...

mYshah

Blog Widget by LinkWithin