.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Dec 30, 2008

Bulan Hijrah & Kita??

Assalamualaikum semua

Sempena hari yg baik nie, hari permulaan tahun islam... 
just tanya, korang tau tak korang nyer tarikh lahir dalam tahun islam?
mungkin ade yg tau & bukan "ramai" jugak yg tak tahu...
apa salahnya kalau kita tahu kedua2 tarikh lahir dalam kedua2 kalendar...
bagi yang tak pasti bulan ape korang lahir dlm bulan islam...
bolehlah buat semakan dekat web ni... 

so mcm aku 

28/11/1986 = Jumaat, 25 Rabiulawal 1407H

so disini nak kongsi dgn semua info mengenai bulan islam & tarikh lahir

bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilakunya. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram 

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar

 Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


Rabiul Awal

 Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah. (dibulan inilah aku dilahirkan, ermm... akan mendapat pangkat besar?? = harap2 dapat tetapi byk juga tanggungjawab yg perlu dipikul, menjadi org berpengaruh= dahsyat ni, tapi yg negatif tu agak betul jugak..hihi ;)


Rabiul Akhir 

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal

 Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir 

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab 

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban 

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan 

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal 

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah 

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijjah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, maka dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan


p/s: actually, info diatas adalah kaitan antara bulan hijrah yang mana seseorg lelaki itu dilahirkan. Bulan hijrah & lelaki ok!!, yg perempuan ade yg lain.. hihihi

-itu sahaja-
- Ada sebarang komen??-

Dec 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430H

Kepada semua rakan-rakan, rakan- rakan bloggers dan seluruh umat islam, saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru islam atau maal hijrah 1430H.

Maal Hijrah, which is also called Awal Muharram, is an important day for muslim. It falls on the first day of Muharram on every Muslim calender year, which is the first day on muslim calender.

          The meaning of Maal Hijrah in English is migration. On this day, Muslim remember Nabi Muhammad S.A.W migrate from Mekkah to Madinah on the year 622 A.D. Besides, Maal Hijrah also mean changes from bad to good side and can be said as starting point and evaluate inner-self on self achievement.

          Awal means begining in English and Muharram is the first month of muslim calender. In another words, this is the first day in Muslim calendar. Therefore, this is also the new year for all Muslim. 


“Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan…”

"marilah kita sama2 berhijrah"

-itu sahaja-
- Ada sebarang komen??-

Dec 28, 2008

Biar apa pun~~

Salam semua

tidak kuperdulikan ape org nak kata,
tak kuendah ape jua yg dtg menghalang..
akan ku teruskan kehidupan ini seperti biasa...
Nasib baik ade teman,
yang sudi mendengar,
setiap cerita mahupun luahan,
yang sentiasa menemani,
sedia menerima diri ini spt sekarang,
walaupun tidak sempurna...

malas nak cerita yg tak happy2...
biar sedikit jer luahkn kat sini...
hari nie, hari ahad.. cuti.. begitu juga esok... bahagia nya banyak2 cuti nie... tapi bukan study byk pun.. ish2 ape nak jadi ni...
asyik keluar jer memanjang..


Hari ni makan kat madam Lim, bosan larr nak mkn kat kafe kesygn ktdi itu... sudah putus selera ni, hanya bila terdesak saje baru makan kat sane..
sementara nak menunggu mknn sampai, so ape lagi.. snap2 la mana sempat...

yeah... my menu sampai dulu...haha.. sorry farizal!!

tom yam noodle soup ( sugguh pekat) + Lavender with lemon iced (sedap jugak air lavender nie.. slurpppp)

Ayob menu: kue teow noodle soup + iced lemon tea.. sedap jugak menu nie, rase soup dia boleh tahan..


makanan farizal yg tak sampai2 lagi... kesian dia...sabar yer frzl..sat lagi sampai la tue

Akhirnya sampai juga dia punya menu : 
mee Hailam (biase jer mee ni - x suke sgt, sory frzl tapi harga same jer) + kiwi with yogurt (air nie sedap)


Tapi sebelum mkn2 tue, ape lagi... light2 shopping la, walaupun baru jer shopping krismas lepas...
tak terdaya nak menahan rase nak membeli barang...
ape pun, asalkan aku bahagia ;)


-itu sahaja-
- Ada sebarang komen??-

Blog Widget by LinkWithin