.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Dec 17, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431H

maal hijrah


Salam ma'al Hijrah dari saya untuk semua kawan2 termasuk rakan2 pembaca & blogger semua..
Hari ni bermulanya detik tahun baru islam 1431H
yang lebih sinonim di kaitkan dengan penghijrahan..


dan terdapat pelbagai jenis hijrah yang boleh dilakukan dan pastinya ramai diantara yang meletakkan azam baru untuk di capai. dan semestinya azam itu untuk perubahan ke arah yang lebih baik..





semoga apa yang kita azamkan dapat di aplikasi kedalam bentuk perbuatan dan bukan hanya niat semata-mata. Saban tahun juga kita menyambut sambutan ma'aal hijrah, tetapi adakah kita mendalami maksud tersirat    disebalik makna hijrah itu sendiri...
renung2kanlah..


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah akan merasmikan sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1431H/2009M bertema Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, esok.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tema itu bertepatan dengan usaha kerajaan untuk membina masyarakat bersatu padu berasaskan konsep 1Malaysia dengan membina perpaduan dan kekuatan bagi mencapai kegemilangan ummah berdaya saing dalam berhadapan arus globalisasi serta kemajuan sains dan teknologi masa kini.

Selain itu, kemuncak sambutan anjuran Jakim itu ialah pengumuman penerima dua anugerah Tokoh Maal Hijrah dari golongan tokoh Malaysia dan luar negara.

Penerima anugerah itu mempunyai pengetahuan luas dan mendalam mengenai Islam, mempunyai sifat dan peribadi yang unggul serta memberi sumbangan dalam perkembangan syiar Islam dan juga pembangunan ummah. 



di sini disertakan perutusan perdana Menteri Malaysia sempena Ma'al Hijrah 1431H





PERUTUSAN
YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1431H/2009

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Saudara dan saudari sekalian,
1. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita menyambut Maal Hijrah 1431H bersamaan 2009M pada tahun ini dalam suasana tawadhuk, kesederhanaan dan penuh kerahmatan. Sambutan ini mempunyai keunikan dan signifikan besar kepada perjuangan dan perkembangan tamadun Islam sejak zaman Rasulullah SAW hinggalah ke hari ini. Peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah adalah merupakan satuperancangan strategik yang dijana melalui pemikiran berasaskan daya kreativiti dan inovasi melalui penyuburan tradisi keilmuan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
2. Bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu ‘Memantap Ukhuwwah, Memperkasa Ummah’. Sesebuah negara yang maju dan progresif memerlukan ummah yang mempunyai potensi dan sahsiah diri yang utuh dan mapan. Khaira Ummah dicerna melalui satu ukhuwwah yang didasari oleh nilai ketamadunan dan peradaban yang tinggi. Keperluan mengamalkan konsep wasatiyah perlu dilaksanakan dalam usaha pembangunan spiritual dan fizikal secara seimbang bagi mempertingkatkan nilai kualiti kekitaan, kepunyaan dan kebersamaan dalam memastikan objektif perpaduan Satu Ummahdapat dicapai dengan lebih berkesan.
3. Konsep persaudaraan dan perpaduan yang diutuhi oleh Rasulullah SAW pada permulaan hijrah adalah secara holistiktanpa mengira keturunan, warna kulit dan kedudukan. Masyarakat yang berada di Madinah pada waktu itu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh aman dan harmoni, berasaskan Perlembagaan Madinah yang mengutamakan perpaduan dan mempertahankan Islam sebagai agama, keadilan sosial kepada semua dan melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada kaum bukan Islam di bawah pemerintahan Negara Madinah.
4. Semangat Hijrah amat bertepatan dengan Gagasan 1Malaysia yang merupakan kesinambungan prakarsa dalam memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat. Gagasan ini berteraskan kepada nilai-nilai murni berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan dan meraikan kemajmukan masyarakat berbilang kaum di Negara ini. Ini bermakna kita perlu sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan Negara demi kemakmuran bersama.
5. Umumnya mengetahui bahawa kita sudah 52 tahun merdeka, cabaran paling besar yang dilihat sebagai penghalang kemajuan, kesejahteraan dan keharmonian kaum adalah perpaduan. Ironinya, perpaduan boleh dipupuk melebihi sempadan politik demi kepentingan Negara. Kejayaan tidak akan datang menggolek, sebaliknya memerlukan semangat hijrah yang tinggi, kesetiaan dan ketabahan. Kita telah melaksanakan agenda penghijrahan dalam bidang ekonomi dengan melakukan penghijrahan ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian, sekarang kita melakukan hijrah ke satu bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi,kreativiti dan nilai tambah tinggi. Ini bagi menjayakan transformasi ekonomi kearah memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi secara holistik dan mapan, mengutamakan bidang inovasi dan kekal relevan dalam persaingan ekonomi global.
6. Justeru, bersamalah kita bersatu hati dan bersatu tekad. Hijrahlah diri untuk sentiasa berprestasi lebih baik walau apa peranan kita samada sebagai pemimpin, kerajaan mahupun rakyat. Namun apa yang penting, kita perlu terus mengurus kejayaan dan membina kekuatan Ummah dengan membajai dan menyuburkan kerukunan yang telah dipupuk selama ini. Ingatlah lipatan sejarah yang sarat dengan catatan kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai, sehingga Malaysia kini muncul antara Negara membangun paling maju, dinamik dan progresif. Formula yang mendasari kejayaan ini adalah faktor perpaduan di antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada konsep Wasatiyah dengan menerima kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan.
7. Natijahnya, walau apapun definisi hijrah menurut perspektif kita, yang penting kita tidak boleh berkonvensi dengan kejayaan lampau tanpa berusaha mencipta kejayaan dan merintis inovasi baru. Ianya hanya boleh digapai melalui penghijrahan nilai tambah kepada lebih berinovasi tinggi dan dari perpaduan sesama kepada perpaduan Satu Ummah. Saya dan keluarga merakamkan ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 H kepada semua umat Islam Malaysia di mana jua berada. Semoga kita dapat bersama-sama meraikan sambutan Maal Hijrah ini bersama rakan kita dari pelbagai agama dan bangsa melalui semangat Hijrah yang mengutuhkan perpaduan dan mengutamakan keadilan.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


1 comments:

Hapi said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Blog Widget by LinkWithin