.:: Stick Note ::.

Salam semua,

Kepada semua kawan2 & blogger2 yg lain...
Sudi2kanlah menjengah ke blog ke-2 saya:
http://widecoverage.blogspot.com

Aug 10, 2009

Posting PAED di Hosp Slim River

Salam...

bila korang semua baca blog ni..
kemungkinan aku dah berada di Slim River untuk posting paediatrik selama 2 minggu...
balik2 dr Slim river.. dah start bulan ramadhan al-mubarak...
nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua, takut tak sempat nak buka internet sepanjang berada kat sana...
SELAMAT BERPUASA SEMUA!!!
kpd yg x ganti puasa lagi tu,
masih sempat yer =)


Harap2 dapat belajar banyak semasa belajar kat slim river...
Aku juga kena berusaha bersungguh2 bcoz lepas balik dr slim river dah kena jadi PRHO (pre-registred houseman officer) sbnrnya byk lagi gelaran utk itu... hahaa...
pada yg sama kena siapkan portfolio juge
cwu tidak dpt lari
dalam masa yg sama, exam ...
huahaha....
hectic weeks masa minggu pertama puasa....
harap2 dikuatkan semangat...


itulah gambar2 hospital Slim river
hospital baru yg besar n cantik, takde H.O lagi...
patient pun tidak seramai Hosp Teluk intan.

-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Aug 9, 2009

Nice Dinner...



Salam semua

walaupun sudah lambat nak post entry ni...
tapi nak post jugak..
asyik bertangguh jer...
satu sikap yg harus ditinggalkan...
secara ringkas..
untuk menyambut ulang tahun ke 10 KTDI disamping majlis makan malam yg ditunda...
walaupun ade juga desas-desus yg kurang baik...
tetapi ada jugak part yg baik dan bagus...
apa pun tahniah kepada mereka yg berusaha untuk menjayakan majlis itu..
tempat yg menarik..
persembahan yg menarik...
makanan yg memuaskan...

dengan tema black & gold with masquerade party...
ramai yg berpakaian hebat2..

tarikh: 2/8/09
tpt : PICC (putrajaya international convention centre)


aku yg lari dari tema... sebenarnya, tak tahu nak pakai suit putih or black.. last2 pilih yg putih + vest hitam..tp atleast ade jugak mask itu...
bagus juga.. lain dr lain, hahaha
credit to tioh for such a great photo..

Barisan jaksa2 yg ade... sebenarnya ade jer lagi.. tp entah di mana...



bersama shah, yg dinobatkan king of the night..
tahniah shah...


antara gambar yg sempat diambil...
mcm2 kerenah dpt lihat...
tapi sedih betul sebab kamera aku rosak... =(
hanya ambil gambar dr kamera rkn lain
kena la berjimat utk beli kamera lain...


-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Aug 6, 2009

Tarikh yg unik...

Salam....

hari yg unik...
kenapa??


On 7 August 2009
At 12hr 34 minutes and 56 seconds on the 7th of August this year, the time and date will be

12:34:56 07/08/09


1 2 3 4 5 6 7 8 9


best kan nombor ni??

hehehe...
tak lama lagi ni...
mlm ni bulan terang benderang menyinari alam...
bulat & cantik skali... (*-*)
sukanya...
sambil2 baca buku utk seminar esok...

nota kaki:
1. ada lagi kes budak2 sekolah yg lahirkan anak pastu meninggal dlm surat khabar...

ish2 apo nak jadi ni?? makin kerap la kejadian2 macam ni... sedih betol dgn situasi mcm ni...

2. bilangan kematian H1N1 di Malaysia makin meningkat, ttp anda semua jgn terlalu panik...
ingat!! ambil langkah berjaga2 ye...

-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Aug 5, 2009

Kemanakah hilangnya akal fikiran??


Salam,

sedikit intro mengenai H1N1 ...
Sekarang ni, masalah H1N1 di negara kita belum pun reda dan boleh di katakan semakin serius. Orang ramai mula sedar dengan tahap kesihatan & keselamatan diri sendiri & keluarga dengan peningkatan jumlah kematian berikutan H1N1 saban hari.
Orang ramai yg berpusu2 ke klinik atau pusat kesihatan berhampiran untuk buat medical check up bila menpunyai tanda2 & symptom2 serupa dengan H1N1 atau Influenza like illness (ILI) untuk membuat penyaringan.
Bagus2x...
kepada kawan2 or sape2 yg ade masalah kesihatan, silalah berjumpa dengan doktor atau pihak berkaitan.
ini bagi membendung masalah yg lebih serius & penularan penyakit selsema babi ni bertambah serius.

" bersama2 menjaga kesihatan diri , keluarga & org tersayang"
"amalkan budaya menjaga kebersihan"
"ambil langkah2 yg sepatutnya utk melindung diri anda"


kejadian 2:
zaman sekarang ni, pelbagai kejadian ganjil & aneh telah berlaku. Kejadian yg tak termasuk dek akal fikiran pun melambak2. lagi2, sekarang ni tgh posting paed..
sensitif betul la dgr kes2 org yg "tak bertamadun" or "tak bertanggungjawab" ni dgn sesuka hati membuang bayi yang comel & tidak mengerti apa2 itu kat mana2 dia mrk punya suka..

Kemanakah hilangnya akal fikiran mereka ini??

ishhh geram betul...
tak habis2 dgn kes buang bayi ni...
kalau yg masih hidup sms dijumpai tue...kira Alhamdulillah bcoz masih dipanjangkan nyawa utk hidup di bumi ini walaupun masa depan mrk masih kelam & kabur..
apakah perasan mrk?
bila dibuang oleh ayah & ibu mrk sendiri...
Bagaimanakah mrk meneruskan hidup tanpa belaian kasih sayang yg sepatutnya..

itu kalau yg masih bernyawa, tak campur lagi yg dijumpai di dlm "mangkuk tandas" "dlm tong sampah" etc...
what the h**k..
sungguh berperikebinatangan sungguh mereka2 yg sanggup melakukan perkara sebegitu..

p/s:
1. seronok melayan baby2 yg tidak beribu tak berbapa (*_*) di wad paed, walaupun kdg2 tue penat ...
2. Syukur dikurniakan keluarga yg masih menyayangi diri ini.. (",)
3. Alhamdulillah tahap kesihatan masih biasa seperti sedia kala & berharap tiada apa2 yg berlaku..

Bayi hancur dimakan biawak


Dua anggota polis berpakaian preman memeriksa mayat seorang bayi yang ditemui di Kampung Peramu, Kuantan semalam.



INILAH sahaja bahagian mayat bayi malang yang dibuang dan dimakan biawak di Kampung Peramu, Kuantan semalam.


KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.

Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.

Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.

"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.


-thanks coz sudi baca-
- Bagi la komen sikit-
- terima kasih-

Blog Widget by LinkWithin