Assalamualaikum semua,
Tiba-tiba terasa nak bergiat aktif semula dalam dunia blogging ni...
sedar tidak sedar.... masa berlalu dengan pantas juga yer....
dah nak masuk posting ke-3 selepas habis yang dikira hardcore juga la.. "Medical & O&G"
mengupas mengenai topik ambulance ni...
ade beberapa kali menghantar pesakit ke pusat rawatan lain seperti Institut Jantung Negara, Hospital Kuala Lumpur
bergantung kepada kes yang sesetengah memerlukan kepakaran dari hospital dan tidak terdapat di sesetengah hospital...
kes seperti Intracranial bleeding "pendarahan dalam kepala" memerlukan kepakaran tertentu dari sesorang neurosurgeon atau Acute Myocardial infarction "serangan sakit jantung akut" yang perlukan intervention tertentu...
selanjutnya mengenai ambulans ni...
memang abang atau pakcik yang bawak ambulans memang mahir skil pemanduan mereka,
bawak ambulans sampai nak kecut perut....
memang dalam penghantaran pesakit dalam ambulans kena pantas dan laju untuk sampai kedestinasi yang dituju sebabnya keadaan pesakit kat dalam ambulans tu tidak STABIL dan memerlukan rawatan lanjut dengan segera lagi-lagi jika ambulans tu membawa pesakit dari tempat kemalangan.
kalau nak bercerita panjang mengenai perkara tue, lain kali akan kuceritakan...
apa yang point penting nak disampaikan kat sini....
SILA BERI LALUAN kepada AMBULANS
ini kerana ada SESETENGAH rakyat negara ni tidak faham2 bila ada ambulans kat jalan raya...
buat tak tahu jer... yang penting kereta diaorang lepas lagi-lagi bila dah masuk kawasan KL....
SILA LA BERTIMBANG RASA
bayangkan sekiranya kita atau saudra terdekat kita yang berada dalam ambulans tue...
-thanks coz sudi baca- - Bagi la komen sikit-
- terima kasih-